Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Pekerja agensi persendirian berlesen
(1)
Tiada seorang pun boleh diambil berkerja dalam apa-apa jua jawatan oleh sesuatu agensi persendirian berlesen melainkan 027b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 5:21 PM
Agensi Persendirian 9
jika suatu surat kelulusan telah dikeluarkan mengenai orang itu oleh Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis.
(2)
Sesuatu agensi persendirian berlesen yang hendak mengambil berkerja seseorang hendaklah memohon suatu surat kelulusan daripada Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis bagi Negeri di mana orang itu biasanya tinggal atau, jika dia biasanya tinggal di luar Malaysia, kepada Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai
Polis bagi Negeri di mana agensi persendirian berlesen itu mempunyai pejabat berdaftarnya, dan permohonan itu hendaklah mengikut bentuk dan mengandungi butir-butir yang ditetapkan oleh Menteri.
(3)
Apabila sesuatu permohonan untuk surat kelulusan diterima,
Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis boleh, selepas menjalankan siasatan yang difikirkannya sesuai, mengeluarkan suatu surat kelulusan.
(4)
Bagi maksud menjalankan siasatan di bawah subseksyen
(3)
, Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis boleh menghendaki orang yang hendak diambil kerja itu supaya mematuhi segala langkah yang semunasabahnya perlu bagi mengambil dan merekodkan cap jarinya.
(5)
Pesuruhjaya Polis atau Ketua Pegawai Polis boleh enggan mengeluarkan sesuatu surat kelulusan.
(6)
Seseorang yang permohonannya untuk surat kelulusan telah ditolak boleh merayu kepada Menteri dalam masa 14 hari selepas tarikh penolakan itu dan Menteri boleh mengesahkan keputusan itu atau mengarahkan supaya surat kelulusan dikeluarkan.
(7)
Keputusan Menteri atas sesuatu rayuan di bawah subseksyen
(6)
muktamad.
Uniform, lencana atau lambang