Malaysia legislation

Section 10

of *AKTA AKADEMI SAINS MALAYSIA 1994

Seksyen 10

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), Fellow kehormat Akademi hendaklah dipilih daripada orang, yang bukan Fellow, yang telah memberikan atau sedang memberikan sumbangan yang cemerlang kepada amalan sains, kejuruteraan atau teknologi yang akan memberikan manfaat, atau yang boleh menyumbang kepada kerja,

Akademi.

(3)

Tiada seorang pun boleh menjadi Fellow atau Fellow kehormat melainkan jika dia telah dipilih sedemikian oleh Akademi dalam mesyuarat agung tahunan dan tiada seorang pun calon boleh dikemukakan untuk pemilihan melainkan jika namanya telah dikemukakan kepada Majlis mengikut cara yang diputuskan oleh

Majlis.

(4)

Daripada kalangan Fellow, hendaklah dilantik, oleh Majlis,

Fellow Kanan yang telah memberikan sumbangan kepada negara dan pelantikan mereka hendaklah berdasarkan kepada syor suatu panel khas yang terdiri daripada anggota dan bukan anggota Akademi yang dilantik oleh Menteri.

(5)

Seseorang Fellow Kanan yang dilantik di bawah subseksyen (4)

adalah berhak dipanggil sebagai Ahli Akademi dan dibayar elaun khas seumur hidup oleh Kerajaan.

Hilang kelayakan menjadi anggota Akademi