Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Kumpulan Wang hendaklah digunakan bagi maksud yang berikut:
(a)
untuk membuat pembayaran bagi gaji, elaun, perbelanjaan dan kos pentadbiran lain yang dilakukan bagi maksud
Akta ini;
(b)
untuk mengadakan award, fellowship, biasiswa dan bantuan penyelidikan;
(c)
untuk menaja projek penyelidikan yang diusahakan oleh pertubuhan saintifik, institusi pengajian tinggi dan orang perseorangan;
Akademi Sains Malaysia 15
(d)
untuk menerbitkan dan membeli majalah, buku dan artikel berhubungan dengan sains, kejuruteraan atau teknologi;
(e)
untuk menganjurkan seminar, eksposisi dan aktiviti seumpama itu yang lain berhubungan dengan sains, kejuruteraan atau teknologi;
(f)
untuk membayar sewa, atau untuk membeli suatu tapak bina bagi dan pembinaan, apa-apa bangunan bagi
Akademi;
(g)
untuk membayar sewa atau untuk membeli kelengkapan dan bahan bagi maksud Akademi;
(h)
untuk membayar balik apa-apa wang yang dipinjam oleh
Majlis di bawah seksyen 17; dan
(i)
untuk membayar apa-apa perbelanjaan lain yang dilakukan dengan sepatutnya oleh
Majlis dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
Kuasa untuk melabur