Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Majlis, suatu cap yang mengandungi perkataan ―Akademi Sains Malaysia‖ boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Akademi.
(3)
Meterai perbadanan hendaklah disimpan dalam jagaan
Presiden atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diberi kuasa oleh Majlis.
(4)
Meterai perbadanan tidak boleh dicapkan pada mana-mana surat cara kecuali di hadapan Presiden dan dua orang anggota lain
Majlis yang hendaklah menandatangani nama mereka pada surat cara itu sebagai tanda kehadirannya itu, dan tandatangan itu hendaklah menjadi keterangan mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan adalah meterai Akademi yang sah.
(5)
Apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki dimeteraikan, boleh disempurnakan oleh Majlis dengan cara yang serupa dan dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Majlis oleh mana-mana pegawai atau
Akademi Sains Malaysia 17
pekhidmat Akademi yang diberi kuasa secara am atau khas oleh
Majlis bagi maksud itu.
(6)
Meterai Akademi hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Pegawai dan pekhidmat Akademi disifatkan sebagai pekhidmat awam