Malaysia legislation

Section 22

of AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007

Seksyen 22

Penyimpanan dokumen

Jika mana-mana undang-undang bertulis menghendaki mana-mana dokumen disimpan, kehendak undang-undang itu dipenuhi dengan penyimpanan dokumen itu dalam bentuk suatu mesej elektronik jika mesej elektronik itu—

(a)

disimpan dalam format yang ia dihasilkan, dihantar atau diterima, atau dalam suatu format yang tidak mengubah secara material maklumat yang terkandung dalam mesej elektronik yang asalnya telah dihasilkan, dihantar atau diterima;

(b)

boleh dicapai dan boleh difahami bagi membolehkannya digunakan untuk rujukan yang berikutnya; dan

(c)

dikenal pasti asal usul dan destinasi mesej elektronik itu dan tarikh dan masa ia dihantar atau diterima.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 680

Daftar elektronik

Section 22 — AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK 2007