Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Tafsiran
“Akta yang ditetapkan” ertinya suatu undang-undang bertulis atau sebahagian daripadanya yang ditetapkan oleh Menteri yang berkaitan di bawah seksyen 6;
“Arahan Teknologi Maklumat” ertinya arahan yang dikeluarkan di bawah seksyen 9;
“elektronik” ertinya teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, photonik atau teknologi yang seumpama;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab untuk menerajui perubahan bagi memodenkan pentadbiran perkhidmatan awam Malaysia;
“Menteri yang berkaitan” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran Akta yang ditetapkan;
“mesej elektronik” ertinya suatu maklumat yang dihasilkan, dihantar, diterima atau disimpan melalui suatu cara elektronik;
Aktiviti Kerajaan Elektronik 7
“pemula” ertinya seseorang yang melaluinya atau yang bagi pihaknya, suatu mesej elektronik dihasilkan atau dihantar;
“penerima” ertinya seseorang yang dimaksudkan oleh pemula untuk menerima suatu mesej elektronik;
“sistem memproses maklumat” ertinya suatu sistem elektronik untuk menghasilkan, menghantar, menerima, menyimpan atau memproses mesej elektronik;
“tandatangan elektronik” ertinya apa-apa huruf, aksara, nombor, bunyi atau apa-apa simbol lain atau apa-apa gabungannya yang dicipta dalam suatu bentuk elektronik yang diterima pakai oleh seseorang sebagai tandatangan.