Malaysia legislation

Section 5

of AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025

Seksyen 5

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21 bahagian yang berikut:

“Bahagian IIa

PEMUNYAAN BENEFISIAL

Daftar pemunya benefisial amanah Labuan 21a.  (1)  Seseorang pemegang amanah hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya benefisial bagi amanah Labuan dan merekodkan dalam daftar itu—

(a)

nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan pemunya benefisial amanah Labuan itu;

(b)

tarikh orang itu menjadi seorang pemunya benefisial amanah Labuan itu;

(c)

tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya benefisial amanah Labuan itu; dan

(d)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Daftar pemunya benefisial amanah Labuan hendaklah disimpan di pejabat berdaftar amanah Labuan itu.

(3)

Seseorang pemegang amanah hendaklah menyerahkan kepada Lembaga suatu notis tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya benefisial amanah Labuan itu.

Undang-Undang Malaysia 6

(4)

Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3)

hendaklah diserahkan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial amanah Labuan itu.

(5)

Seseorang pemegang amanah hendaklah menyimpan maklumat orang sebenar yang telah direkodkan dalam daftar pemunya benefisial amanah Labuan itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya terhenti menjadi pemunya benefisial amanah

Labuan itu selama enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.

(6)

Suatu catatan yang berhubungan dengan orang sebenar yang terhenti menjadi pemunya benefisial amanah Labuan di bawah subseksyen (5) hendaklah dikeluarkan daripada daftar pemunya benefisial amanah Labuan itu selepas tamat tempoh enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.

(7)

Mana-mana pemegang amanah yang mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada

Lembaga di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Penalti: Denda tidak melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(8)

Lembaga hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan diserahkan di bawah subseksyen (3).

(9)

Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan pemegang amanah suatu amanah Labuan untuk menyerahkan kepada Lembaga dalam suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis, maklumat berhubung dengan pemunya benefisial yang disimpan oleh pemegang amanah itu.

(10)

Daftar pemunya benefisial amanah Labuan hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar di bawah Akta ini.

Akta A1757

Amanah Labuan (Pindaan)

(11)

Lembaga boleh, berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial amanah Labuan yang disimpan di pejabat berdaftar amanah Labuan itu atau maklumat pemunyaan benefisial yang diserahkan kepada Lembaga, menentukan—

(a)

mana-mana orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial amanah Labuan atau maklumat pemunyaan benefisial;

(b)

cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar pemunya benefisial amanah Labuan atau maklumat pemunyaan benefisial; dan

(c)

fi bagi pembekalan maklumat pemunyaan benefisial.

(12)

Seksyen 8a, subseksyen 15(3) dan subseksyen 41(4) Akta tidak terpakai jika penzahiran atau akses telah ditentukan oleh Lembaga menurut subseksyen (11).

(13)

Mana-mana pemegang amanah yang tidak mematuhi kehendak subseksyen (1), (2), (3), (4), (5), (6) atau (9)

melakukan suatu kesalahan dan Lembaga boleh mengenakan penalti pentadbiran mengikut seksyen 36g Akta Lembaga

Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996.

Kuasa pemegang amanah untuk menghendaki penzahiran maklumat pemunyaan benefisial 21b.  (1)  Pemegang amanah hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana pembuat amanah, pelindung, pemegang amanah, penguat kuasa atau benefisiari suatu amanah

Labuan itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk memaklumkan pemegang amanah itu sama ada pembuat amanah, pelindung, pemegang amanah, penguat kuasa atau benefisiari amanah Labuan itu merupakan pemunya benefisial amanah Labuan itu atau jika pembuat amanah, pelindung, pemegang amanah, penguat kuasa atau benefisiari amanah Labuan itu bukan pemunya benefisial amanah Labuan itu, setakat yang mungkin untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang itu dengan nama dan dengan butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti sebagai pemunya benefisial amanah Labuan itu; dan

Undang-Undang Malaysia 8

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 21a(1).

(2)

Jika pemegang amanah mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang merupakan pemunya benefisial amanah

Labuan itu, pemegang amanah itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk menyatakan sama ada dia merupakan pemunya benefisial amanah Labuan itu atau jika dia bukan pemunya benefisial amanah Labuan itu, untuk menyatakan sama ada dia mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain merupakan pemunya benefisial amanah Labuan itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir mengenai orang itu yang dalam pengetahuannya;

dan

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 21a(1).

(3)

Jika pemegang amanah mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana pembuat amanah, pelindung, pemegang amanah, penguat kuasa atau benefisiari suatu amanah Labuan atau mana-mana orang mengetahui identiti orang yang merupakan pemunya benefisial amanah Labuan itu, pemegang amanah itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki pembuat amanah, pelindung, pemegang amanah, penguat kuasa atau benefisiari amanah

Labuan itu atau orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk menyatakan sama ada dia mengetahui, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu merupakan pemunya benefisial amanah Labuan itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir orang itu yang dalam pengetahuannya;

dan

Akta A1757

Amanah Labuan (Pindaan)

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 21a(1).

(4)

Apabila pemegang amanah menerima maklumat daripada orang yang kepadanya notis itu diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), pemegang amanah suatu amanah

Labuan itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh maklumat itu diterima, merekodkan dalam daftar pemunya benefisial amanah Labuan itu—

(a)

tarikh notis yang menghendaki maklumat itu telah dikeluarkan; dan

(b)

butir-butir maklumat yang diterima daripada orang itu.

(5)

Jika pemegang amanah mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perubahan telah berlaku terhadap butir-butir pemunya benefisial amanah Labuan yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial amanah Labuan itu, pemegang amanah itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial amanah Labuan itu—

(a)

untuk mengesahkan sama ada atau tidak perubahan itu telah berlaku; dan

(b)

jika perubahan itu telah berlaku—

(i)

untuk menyatakan tarikh perubahan itu; dan

(ii)

untuk memberikan butir-butir mengenai perubahan itu.

(6)

Jika pemegang amanah mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa butir-butir pemunya benefisial amanah Labuan yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial amanah Labuan mungkin tidak betul, pemegang amanah itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial amanah

Labuan itu untuk mengesahkan sama ada butir-butir itu adalah betul, dan jika tidak, untuk memberikan butir-butir yang betul.

Undang-Undang Malaysia 10

(7)

Seseorang pemegang amanah hendaklah memastikan bahawa amanah Labuan itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.

(8)

Mana-mana pemegang amanah yang tidak mematuhi kehendak seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Kewajipan pemunya benefisial amanah Labuan untuk memberikan maklumat 21c.  (1)  Seseorang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia merupakan pemunya benefisial suatu amanah Labuan hendaklah, dalam masa tiga puluh hari—

(a)

memberitahu pemegang amanah bahawa dia merupakan pemunya benefisial amanah Labuan itu; dan

(b)

memberikan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Seseorang yang merupakan pemunya benefisial amanah

Labuan hendaklah, dalam masa tiga puluh hari, memberitahu pemegang amanah mengenai apa-apa perubahan butir-butirnya dalam daftar pemunya benefisial amanah Labuan itu.

(3)

Seseorang yang terhenti menjadi pemunya benefisial amanah Labuan hendaklah memberitahu pemegang amanah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai perubahan itu dengan menyatakan—

(a)

tarikh pemberhentian itu berlaku; dan

(b)

butir-butir pemberhentian itu.

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Akta A1757

Amanah Labuan (Pindaan)

11

Obligasi pemegang amanah untuk menyenggara dan menyimpan maklumat yang kemas kini 21d.  (1)  Seseorang pemegang amanah hendaklah menyenggara dan menyimpan butir-butir pemunyaan benefisial dalam daftar pemunya benefisial di bawah seksyen 21a yang dikemas kini dari semasa ke semasa.

(2)

Seseorang pemegang amanah hendaklah memastikan suatu amanah Labuan mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.

(3)

Mana-mana pemegang amanah yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Kuasa Lembaga untuk menjalankan pemeriksaan terhadap daftar pemunya benefisial amanah Labuan 21e.  Lembaga boleh menjalankan pemeriksaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 28c Akta Lembaga

Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 [Akta 545] terhadap daftar pemunya benefisial yang disimpan oleh pemegang amanah bagi suatu amanah Labuan di bawah Bahagian ini.”.

Pindaan seksyen 54

Section 5 — AKTA AMANAH LABUAN (PINDAAN) 2025 | mylaw.my