Malaysia legislation

Section 11C

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 11C

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Mahkamah boleh, atas permohonan pemegang amanah, pembuat amanah atau mana-mana orang lain yang Mahkamah dapati mempunyai kepentingan yang mencukupi dalam penguatkuasaan amanah itu, melantik seorang penguat kuasa atau apa-apa bilangan penguat kuasa yang difikirkannya patut.

(3)

Tiada seorang pun boleh pada bila-bila masa menjadi kedua-dua pemegang amanah dan penguat kuasa bagi amanah yang sama.

(4)

Pembuat amanah atau wakil dirinya boleh juga dilantik sebagai penguat kuasa bagi amanah bermaksud.

(5)

Seseorang penguat kuasa tidak boleh—

(a)

meletakkan dirinya dalam suatu kedudukan yang bercanggah dengan kewajipannya untuk menguatkuasakan maksud amanah itu;

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

(b)

memperoleh secara langsung atau tidak langsung apa-apa keuntungan oleh sebab pelantikannya selain apa-apa fi yang munasabah bagi perkhidmatannya dan bagi apa-apa perbelanjaan munasabah yang dilakukannya dalam menunaikan kewajipannya; atau

(c)

membuat apa-apa urusan bagi pihaknya sendiri dengan pemegang amanah bagi amanah bermaksud atau berhubungan dengan harta amanah bagi amanah bermaksud yang baginya dia merupakan penguat kuasa baginya.

(6)

Penguat kuasa hendaklah diberikan—

(a)

akaun, termasuklah akaun tahunan amanah bermaksud itu;

(b)

salinan surat cara amanah yang menubuhkan amanah bermaksud itu dan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang disebut dalam surat cara itu;

(c)

apa-apa pandangan dan nasihat undang-undang yang diterima oleh pemegang amanah; dan

(d)

apa-apa dokumen atau maklumat lain yang mungkin menyebabkannya berhak di bawah terma amanah bermaksud itu.

(7)

Seseorang penguat kuasa mempunyai hak yang sama sebagaimana seseorang yang mempunyai kepentingan benefisial di bawah suatu amanah biasa untuk membawa tindakan pentadbiran atau tindakan lain, termasuklah membuat suatu permohonan ke

Mahkamah bagi mendapatkan arahannya, demi kebaikan amanah itu.

(8)

Seseorang penguat kuasa mempunyai hak seorang pemegang amanah sesuatu amanah biasa bagi mendapatkan perlindungan, tanggung rugi dan pembayaran perbelanjaan daripada harta amanah, dan untuk membuat permohonan ke Mahkamah di bawah seksyen 49.

(9)

Seseorang penguat kuasa mempunyai, bagi pihak amanah, remedi diri dan kepunyaan yang sama bagi pecah amanah terhadap pemegang amanah dan pihak ketiga sebagaimana seorang benefisiari sesuatu amanah biasa.

Amanah Labuan 27

(10)

Seseorang penguat kuasa boleh meletakkan jawatannya secara notis bertulis dan peletakan jawatannya itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila notis bertulis itu dihantar serah kepada pemegang amanah bagi amanah bermaksud itu.

(11)

Peletakan jawatan seseorang penguat kuasa tidak melepaskan penguat kuasa itu daripada apa-apa liabiliti berhubung dengan amanah itu yang berbangkit sebelum peletakan jawatannya.

Amanah bermaksud tidak menjadi batal semata-mata kerana ketidakpastian