Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(2)
Pemegang amanah sesuatu amanah
Labuan adalah bertanggungjawab bagi mendaftarkan amanah Labuan dan apa-apa perubahan selepas itu yang berkaitan dengannya di bawah Akta ini, jika amanah Labuan itu didaftarkan menurut subseksyen (1).
(3)
Pendaftaran sesuatu amanah Labuan hendaklah dilaksanakan dengan memfailkan dengan Lembaga perkara yang berikut:
(a)
suatu pernyataan yang mengandungi—
(i)
nama amanah Labuan itu;
(ii)
tarikh pewujudannya;
(iii)
nama dan alamat syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah;
(iv)
alamat pejabat berdaftar amanah Labuan itu;
(v)
undang-undang yang sepatutnya bagi amanah
Labuan itu; dan
(b)
suatu akuan oleh syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah Labuan itu bahawa amanah itu memenuhi syarat Akta ini untuk ia menjadi suatu amanah Labuan.
(4)
Lembaga hendaklah, setelah berpuas hati bahawa semua kehendak Akta ini bagi pewujudan suatu amanah Labuan telah dipatuhi dan fi yang ditetapkan telah dibayar, mendaftarkan amanah itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dengan sewajarnya.
(4A)
Suatu amanah Labuan tidak boleh didaftarkan jika nama amanah Labuan yang hendak didaftarkan itu, pada pendapat
Lembaga, mengelirukan dengan apa-apa cara atau selainnya tidak wajar.
(5)
Apa-apa perubahan kemudiannya dalam butir-butir amanah
Labuan berdaftar yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah diberitahu kepada dan didaftarkan dengan Lembaga dalam borang yang ditetapkan dalam masa satu bulan dari perubahan itu dan tidak boleh berkuat kuasa sehingga ia didaftarkan sedemikian.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(6)
Pemegang amanah bagi amanah Labuan berdaftar hendaklah memberitahu Lembaga mengenai penamatan amanah itu dalam borang yang ditetapkan dalam masa satu bulan dari penamatan itu.
(7)
Pemegang amanah bagi amanah Labuan berdaftar hendaklah memberitahu Lembaga dalam borang yang ditetapkan tentang sama ada amanah itu masih wujud dan sama ada dia masih menjadi pemegang amanahnya tidak lewat daripada satu bulan selepas tiap-tiap ulang tahun pendaftaran amanah itu di Labuan.
(8)
Mana-mana pemegang amanah yang tidak mematuhi kehendak seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Penalti: Sepuluh ribu ringgit.
(9)
Bagi maksud subseksyen (8), jika terdapat dua pemegang amanah atau lebih, kehendak seksyen ini hendaklah disifatkan telah dipatuhi oleh semua pemegang amanah asalkan salah seorang daripada mereka mematuhinya.
Pendaftaran surat cara amanah