Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 15

(2)

Atas permintaan pemegang amanah sesuatu amanah, dan apabila bukti yang mencukupi diberikan sehingga Lembaga berpuas hati, Lembaga boleh mengeluarkan suatu perakuan yang menyatakan, berdasarkan maklumat yang ada pada Lembaga, bahawa pada tarikh perakuan itu—

(a)

pemohon ialah pemegang amanah bagi amanah itu; atau

(b)

suatu salinan surat cara amanah itu sebagaimana yang disalin dan diperakui telah didaftarkan dengan Lembaga menurut seksyen 13.

(3)

Tertakluk kepada terma amanah dan apa-apa perintah

Mahkamah yang berlawanan dengannya, semua dokumen yang difailkan dengan atau disimpan oleh Lembaga yang berhubungan dengan amanah Labuan tidaklah terbuka kepada orang awam untuk diperiksa, dan Lembaga tidak boleh mendedahkan kepada mana-mana orang apa-apa dokumen sedemikian atau apa-apa maklumat yang sampai kepada pengetahuannya dalam pelaksanaan tugasnya di bawah Akta ini.

Jangka masa amanah Labuan