Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
(2)
Tiada sekatan dikenakan ke atas bilangan pemegang amanah yang boleh diperuntukkan dalam surat cara amanah tetapi—
(a)
jika hanya ada seorang pemegang amanah, pemegang amanah itu hendaklah suatu syarikat amanah Labuan;
dan
(b)
jika ada lebih daripada seorang pemegang amanah, salah seorang daripada pemegang amanah itu hendaklah suatu syarikat amanah Labuan.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(3)
Jika tiada pemegang amanah dilantik atau diperuntukkan oleh surat cara amanah atau terdapat kekosongan di kalangan pemegang amanah yang tidak dapat diisi selainnya, mana-mana pemegang amanah yang menakat atau berterusan, mana-mana benefisiari atau bekas pemegang amanah yang terakhir, mengikut kehendak hal keadaan, boleh memohon kepada Mahkamah bagi pelantikan pemegang amanah yang baru.
(4)
Mahkamah boleh membuat suatu perintah melantik pemegang amanah baru jika—
(a)
dalam hal jika suatu permohonan di bawah subseksyen
(3)
dibuat oleh benefisiari, Mahkamah berpuas hati bahawa permohonan yang dibuat oleh benefisiari itu telah disampaikan kepada bekas pemegang amanah yang terakhir atau kepada sekurang-kurangnya seorang daripada pemegang amanah yang menakat atau berterusan, jika ada;
(b)
ia telah mendengar representasi yang dibuat oleh bekas pemegang amanah yang terakhir itu, pemegang amanah yang menakat atau yang berterusan itu atau mana-mana benefisiari; dan
(c)
ia telah menentukan bahawa orang yang dinyatakan dalam permohonan itu atau yang selainnya yang dimaksudkan supaya dilantik sebagai pemegang amanah baru sanggup berbuat demikian.
(5)
Tertakluk kepada terma amanah, seseorang pemegang amanah baru yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kuasa, budi bicara dan kewajipan yang sama dan boleh dalam segala perkara bertindak seolah-olah dia telah dari mulanya dilantik sebagai pemegang amanah oleh surat cara amanah.
(6)
Apabila seseorang pemegang amanah baru dilantik, apa-apa jua kehendak bagi meletakhakkan harta amanah pada, atau di bawah kawalan, pemegang amanah itu hendaklah dibuat.
Amanah Labuan 39
Penerimaan pelantikan sebagai pemegang amanah