Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
(a)
tiap-tiap jenis harta, sama ada nyata atau tidak nyata, harta alih atau harta tak alih, ketara atau tidak ketara, tidak kira bagaimana diperoleh; atau
(b)
dokumen atau surat cara undang-undang dalam apa-apa bentuk, termasuklah elektronik atau digital, yang membuktikan hak milik bagi atau kepentingan dalam, harta itu, termasuklah cek bank, kiriman wang, syer, sekuriti, bon, draf bank dan surat kredit;
Amanah Labuan 9
“harta amanah” ertinya harta yang sedang dipegang atas amanah;
“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan 1996 [Akta 545];
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seseorang hakim
Mahkamah Tinggi;
“Malaysia” ertinya wilayah di dalam Persekutuan Malaysia, perairan wilayah Malaysia dan dasar laut dan tanih bawah perairan wilayah, dan termasuklah mana-mana kawasan yang melangkaui sempadan perairan wilayah Malaysia, dan dasar laut dan tanih bawah mana-mana kawasan itu, yang telah atau akan kemudian daripada ini dijadikan di bawah undang-undang Malaysia dan mengikut undang-undang antarabangsa sebagai suatu kawasan yang ke atasnya
Malaysia mempunyai hak kedaulatan bagi maksud mempelopori dan mengeksploitasikan sumber semula jadi, sama ada hidup atau tidak;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang” termasuk suatu perbadanan, perkongsian, sekumpulan orang, korporat atau bukan korporat, dan perbadanan tunggal;
“orang belum dewasa” ertinya seseorang yang belum mencapai umur dewasa di bawah undang-undang yang sepatutnya bagi sesuatu amanah atau, jika tiada undang-undang telah dipilih, di bawah undang-undang domisilnya;
“orang berkelayakan” ertinya seseorang yang bukan pemastautin di
Malaysia;
“pecah amanah” ertinya—
(a)
apa-apa tindakan oleh seseorang pemegang amanah yang berlanggaran dengan kewajipan yang dikenakan;
(b)
apa-apa tindakan atau pengabaian oleh seseorang pemegang amanah yang tidak dibenarkan atau dimaafkan; atau 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(c)
apa-apa pengabaian atau peninggalan di pihak pemegang amanah untuk memenuhi kewajipan yang dikenakan ke atasnya, oleh Akta ini, undang-undang yang sepatutnya bagi amanah itu atau terma amanah itu;
“pegawai diberi kuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh Lembaga di bawah seksyen 6B;
“pelindung” ertinya seseorang yang dilantik mengikut seksyen 35;
“pemastautin” ertinya mana-mana orang—
(a)
yang merupakan warganegara atau pemastautin tetap
Malaysia; atau
(b)
sesiapa yang telah menubuhkan suatu tempat perniagaan dan menjalankannya di Malaysia, selain—
(i)
suatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah
Akta Syarikat Labuan 1990;
(ii)
suatu yayasan Labuan yang ditubuhkan di bawah
Akta Yayasan Labuan 2010 [Akta 706]; dan
(iii)
suatu perkongsian yang didaftarkan di bawah
Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian
Liabiliti Terhad Labuan 2010 [Akta 707];
dan termasuklah seseorang yang diisytiharkan sebagai seorang pemastautin menurut seksyen 43 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17];
“penguat kuasa” ertinya seseorang yang disebut dalam seksyen 11C;
“pembuat amanah” ertinya seseorang yang membuat suatu amanah dan termasuklah seseorang yang mengadakan harta amanah atau membuat suatu pemberian berwasiat atas amanah atau kepada sesuatu amanah, tetapi tidak termasuk seseorang yang membuat sumbangan kepada sesuatu amanah saham;
Amanah Labuan 11
“pemegang amanah” ertinya seseorang yang dilantik untuk bertindak sebagai seorang pemegang amanah suatu amanah mengikut peruntukan Akta ini;
“perbadanan” ertinya suatu pertubuhan perbadanan yang dibentuk atau diperbadankan atau yang sedia ada di Malaysia atau luar
Malaysia dan termasuk syarikat Labuan asing tetapi tidak termasuk—
(a)
suatu pertubuhan tunggal;
(b)
suatu kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah undang-undang bertulis sebagai suatu kesatuan sekerja;
atau
(c)
suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah undang-undang bertulis yang berhubungan dengan koperasi;
“ringgit” ertinya ringgit dalam mata wang Malaysia;
“surat cara amanah” ertinya sesuatu surat cara yang melaluinya suatu amanah diwujudkan dan termasuklah suatu akuan amanah satu pihak dan apa-apa surat cara yang mengubah terma amanah itu;
“syarikat amanah Labuan” ertinya suatu perbadanan yang didaftarkan sebagai syarikat amanah Labuan di bawah Bahagian V
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704];
“syarikat Labuan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat Labuan 1990 [Akta 441];
“terma amanah” ertinya terma bertulis atau lisan bagi sesuatu amanah atau apa-apa terma lain yang terpakai di bawah undang-undang yang sepatutnya bagi amanah itu;
“undang-undang yang sepatutnya” ertinya—
(a)
undang-undang yang dipilih oleh pembuat amanah supaya terpakai bagi sesuatu amanah, pemilihannya itu dinyatakan atau adalah tersirat dalam terma amanah itu;
atau
(b)
jika tiada undang-undang dipilih, undang-undang yang dengannya sesuatu amanah mempunyai kaitan yang paling rapat pada masa ia diwujudkan.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(2)
(Dipotong oleh Akta A1368).
(3)
Apa-apa sebutan mengenai “Akta ini” dalam Akta ini hendaklah, melainkan jika dinyatakan secara nyata selainnya, disifatkan termasuk sebutan mengenai mana-mana peraturan, kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari yang lain yang dibuat di bawah Akta ini.
(4)
Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang merujuk kepada mana-mana undang-undang lain hendaklah, setakat yang perlu untuk memberikan kuat kuasa kepada Akta ini dan secara selaras dengan peruntukan undang-undang yang lain itu, mempunyai erti yang sama dengan perkataan dan ungkapan dalam undang-undang yang berkaitan dengannya perkataan dan ungkapan itu digunakan dalam Akta ini.
Kewujudan sesuatu amanah