Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(1A)
Sebagai tambahan kepada subseksyen (1), melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam terma amanah, seseorang pemegang amanah hendaklah, dalam melaksanakan kewajipannya dan menjalankan kuasa dan budi bicaranya, menggunakan ketelitian dan kemahiran yang munasabah, dengan mengambil kira khususnya—
Amanah Labuan 41
(a)
apa-apa pengetahuan atau pengalaman khas yang ada padanya atau yang dikatakan ada padanya pengetahuan atau pengalaman khas itu; dan
(b)
jika dia bertindak sebagai pemegang amanah dalam penjalanan suatu perniagaan atau profesion, apa-apa pengetahuan atau pengalaman khas yang boleh dijangkakan dengan munasabah berkenaan dengan seseorang yang bertindak dalam penjalanan perniagaan atau profesion daripada jenis itu.
(2)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang pemegang amanah hendaklah menjalankan dan mentadbirkan amanah itu mengikut termanya dan hendaklah—
(a)
memastikan bahawa harta amanah itu terletak hak padanya atau selainnya di bawah kawalannya; dan
(b)
setakat yang munasabah, memelihara dan menambah nilai harta amanah itu.
(3)
Kecuali sebagaimana yang dibenarkan selainnya oleh Akta ini atau yang diperuntukkan dengan nyata oleh terma amanah, seseorang pemegang amanah tidak boleh—
(a)
mendapatkan keuntungan, secara langsung atau tidak langsung, daripada peramanahannya itu;
(b)
menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang, selain seseorang yang dilantik atau diwakilkan dengan sepatutnya oleh pemegang amanah di bawah Akta ini atau oleh Mahkamah atau menurut terma amanah itu untuk mendapat keuntungan, secara langsung atau tidak langsung daripada peramanahan itu; atau
(c)
bagi pihaknya sendiri membuat apa-apa transaksi dengan pemegang amanah yang lain, atau berhubungan dengan harta amanah itu, yang boleh menghasilkan keuntungan itu, tanpa kelulusan Mahkamah.
(4)
Seseorang pemegang amanah hendaklah menyimpan akaun dan rekod yang tepat mengenai peramanahannya dan hendaklah
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
memberikan suatu akaun mengenai peramanahan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh terma amanah itu atau oleh suatu perintah
Mahkamah.
(5)
Seseorang pembuat amanah atau mana-mana benefisiari boleh memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah untuk menghendaki pemegang amanah memberikan suatu akaun mengenai peramanahannya itu kepada mana-mana daripada mereka.
(6)
Seseorang pemegang amanah hendaklah menyimpan harta amanah secara berlainan dan berasingan daripada hartanya sendiri dan secara yang dapat dikenal pasti secara berasingan daripada mana-mana harta lain yang baginya dia ialah pemegang amanah atau yang kepadanya dia berhak secara benefisial.
(7)
Jika kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen 8B(2) telah dikhaskan atau diberikan oleh pembuat amanah, seseorang pemegang amanah yang bertindak mengikut penjalanan kuasa itu tidak dikatakan bertindak sebagai pecah amanah.
Kewajipan pemegang amanah bersama