Malaysia legislation

Section 42

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 42

(a)

apa-apa kerugian atau susut nilai harta amanah itu akibat daripada pecah amanah itu; dan

(b)

apa-apa keuntungan yang sepatutnya terakru kepada amanah itu sekiranya tiada pecah amanah sedemikian.

(2)

(Dipotong oleh Akta A1368).

(3)

(Dipotong oleh Akta A1368).

(4)

Seseorang pemegang amanah tidaklah bertanggungan bagi sesuatu pecah amanah yang dilakukan sebelum pelantikannya jika pecah amanah itu dilakukan oleh orang lain, tetapi pemegang amanah itu hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk

Amanah Labuan 57

meremedikan akibat atau apa-apa kerugian yang timbul daripada pecah amanah itu.

(5)

Seseorang pemegang amanah tidaklah bertanggungan bagi pecah amanah yang dilakukan oleh seseorang pemegang amanah bersama melainkan jika—

(a)

dia sedar atau sepatutnya sedar tentang pecah amanah itu atau niat pemegang amanah bersama itu tentang pecah amanah itu; dan

(b)

dia secara aktif menyembunyikan pecah amanah itu atau niat itu atau tidak dalam masa yang munasabah mengambil langkah yang wajar bagi melindungi atau memulihkan harta amanah itu atau mencegah pecah amanah itu.

(6)

Tertakluk kepada terma amanah, seseorang pemegang amanah tidaklah bertanggungan—

(a)

bagi keingkaran seseorang pemegang amanah bersama melainkan jika dia—

(i)

menyertai keingkaran pemegang amanah itu; atau

(ii)

tidak mengambil langkah berhati-hati yang munasabah untuk mencegahnya;

(b)

bagi apa-apa kerugian kepada harta amanah, melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh—

(i)

keingkaran, perbuatan atau persetujuannya yang disengajakan; atau

(ii)

keabaiannya atau kegagalannya untuk menjalankan langkah berhati-hati yang munasabah bagi mencegah kerugian itu.

(7)

Jika terdapat dua pecah amanah atau lebih, seorang pemegang amanah tidak boleh menolak sesuatu perolehan daripada satu pecah amanah daripada kerugian yang diakibatkan oleh suatu pecah amanah lain.

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

(8)

Jika dua orang pemegang amanah atau lebih bertanggungan berkenaan dengan suatu pecah amanah, liabiliti mereka hendaklah bersesama dan berasingan.

(9)

Seseorang benefisiari boleh, berkenaan dengan liabiliti bagi suatu pecah amanah yang sudah dilakukan, melepaskan seseorang pemegang amanah daripada, atau menanggung ruginya terhadap, liabiliti itu, tetapi hanya jika benefisiari itu—

(a)

mempunyai keupayaan di sisi undang-undang;

(b)

mempunyai pengetahuan penuh tentang semua fakta material; dan

(c)

tidak didorong dengan cara yang tidak sepatutnya oleh pemegang amanah itu supaya memberikan pelepasan atau tanggung rugi itu.

(9A)

Suatu terma amanah yang melepaskan pemegang amanah daripada liabiliti bagi pecah amanah tidak boleh dikuatkuasakan pada takat yang ia—

(a)

melepaskan pemegang amanah itu daripada liabiliti bagi pecah amanah yang dilakukan dengan niat jahat atau dengan sikap tidak peduli mengenai maksud amanah itu atau kepentingan benefisiari; atau

(b)

telah dimasukkan berbangkit daripada penyalahgunaan perhubungan fidusiari atau kerahsiaan oleh pemegang amanah dengan pembuat amanah.

(9B)

Tertakluk kepada subseksyen (9C), pemegang amanah tidak boleh dipertanggungkan kepada benefisiari bagi pecah amanah sekiranya benefisiari—

(a)

bersetuju dengan kelakuan yang menjadi pecah amanah itu;

(b)

melegakan pemegang amanah daripada liabiliti bagi pecah amanah itu sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (9); atau

(c)

meratifikasikan transaksi yang menjadi pecah amanah itu, melainkan jika—

Amanah Labuan 59

(A)

persetujuan, pelepasan atau ratifikasi benefisiari itu telah didorong oleh kelakuan tidak wajar pemegang amanah itu; atau

(B)

pada masa persetujuan, pelepasan, atau ratifikasi itu, benefisiari itu tidak mengetahui haknya atau fakta material yang berhubungan dengan pecah amanah itu.

(9C)

Tiada apa-apa jua dalam terma amanah boleh melegakan, melepaskan atau membebaskan pemegang amanah daripada liabiliti bagi pecah amanah yang berbangkit daripada perbuatan fraud, salah laku sengaja atau kecuaian melampau pemegang amanah itu sendiri.

(10)

Mahkamah boleh melepaskan pemegang amanah itu sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya daripada liabiliti bagi suatu pecah amanah jika ia berpuas hati bahawa pemegang amanah itu telah bertindak secara jujur dan munasabah dan untuk berlaku adil dia patut dimaafkan dalam hal keadaan itu.

(11)

(Dipotong oleh Akta A1368).

Pencegahan pecah amanah