Malaysia legislation
Section 42B
Seksyen 42B
Mahkamah boleh, untuk meremedikan pecah amanah yang telah berlaku, membuat perintah untuk—
(a)
memaksa pemegang amanah untuk melaksanakan kewajipan pemegang amanah;
(b)
memaksa pemegang amanah untuk menebus rugi pecah amanah dengan membayar wang, mengembalikan harta atau cara lain;
(c)
memerintahkan pemegang amanah bertanggungan kepada pecah amanah tersebut;
(d)
melantik fidusiari khas untuk mengambil milikan harta amanah itu dan mentadbirkan amanah itu;
(e)
menggantung pemegang amanah itu;
(f)
menyingkirkan pemegang amanah itu;
(g)
mengurangkan atau menafikan pampasan kepada pemegang amanah itu;
(h)
tertakluk kepada seksyen 44, menidaksahkan tindakan pemegang amanah itu, mengenakan lien atau amanah konstruktif atas harta amanah itu, atau mengesan harta amanah yang telah dilupuskan dengan salah dan mendapatkan balik harta itu atau hasilnya; atau
(i)
memberikan apa-apa relief lain yang sesuai.
Pemegang amanah bertindak berkenaan dengan lebih daripada satu amanah