Malaysia legislation
Section 46
Seksyen 46
(1A)
Melainkan jika pemegang amanah bersama terus memegang jawatannya atau
Mahkamah memerintahkan selainnya, dan sehinggalah harta amanah itu dihantar serah kepada pemegang amanah pengganti atau orang lain yang berhak kepadanya, pemegang amanah yang telah berhenti atau telah disingkirkan hendaklah terus mempunyai kewajipan pemegang amanah dan kuasa yang perlu untuk melindungi harta itu.
(2)
Pemegang amanah yang meletakkan jawatan atau dipecat atau selainnya terhenti menjadi pemegang amanah boleh, sebelum harta amanah diserahkan sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen
(1)
, membayar balik kepada dirinya sendiri atau membayar daripada amanah itu apa-apa perbelanjaan dan liabiliti yang semunasabahnya dilakukan sebelum itu olehnya berkaitan dengan amanah itu.
(3)
Seseorang pemegang amanah yang meletakkan jawatan atau dipecat atau selainnya terhenti menjadi pemegang amanah dan telah mematuhi kehendak subseksyen (1) adalah terlepas daripada menanggung liabiliti kepada mana-mana benefisiari, pemegang
Amanah Labuan 63
amanah atau orang yang mempunyai kepentingan di bawah amanah itu bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan berhubungan dengan harta amanah atau kewajipannya sebagai pemegang amanah, kecuali yang berkenaan dengan tindakan yang berbangkit daripada apa-apa pecah amanah yang kepadanya pemegang amanah itu atau, dalam hal suatu syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah itu, mana-mana pegawai atau pekerjanya, menjadi suatu pihak atau yang diketahui olehnya.
(4)
Seorang pemegang amanah yang meletakkan jawatan atau dipecat atau selainnya terhenti daripada menjadi pemegang amanah hendaklah terus menanggung liabiliti kepada mana-mana benefisiari, pemegang amanah atau orang yang mempunyai kepentingan di bawah amanah itu supaya boleh didapatkan semula daripada pemegang amanah itu atau, dalam hal suatu syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah sedemikian, daripada mana-mana pegawai atau pekerjanya, harta amanah atau hasil daripadanya yang ada dalam milikannya atau yang diterima sebelumnya olehnya dan diambil untuk kegunaannya sendiri atau tidak diserahkan sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (1).
(5)
Tertakluk kepada terma amanah, pemegang amanah tidak boleh menanggung rugi dirinya hingga ke takat yang lebih besar daripada yang diperuntukkan dalam seksyen ini.
BAHAGIAN IVA
AMANAH KHAS LABUAN
Pemakaian Bahagian ini