Malaysia legislation

Section 46B

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 46B

Tafsiran

(a)

apa-apa risiko yang terikat kepada apa-apa perniagaan syarikat, atau apa-apa syarikat berkaitan, apabila dijalankan mengikut cara yang ia pada hakikatnya telah dijalankan; atau

(b)

apa-apa risiko yang boleh dijangkakan terikat kepada mana-mana perniagaan syarikat itu yang diunjurkan;

“syarikat”, berhubung dengan syer yang ditetapkan, ertinya syarikat Labuan atau liabiliti perkongsian terhad Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 2009 yang telah mengeluarkan syer yang ditetapkan itu;

“syer yang ditetapkan” ertinya syer dalam syarikat Labuan atau faedah perkongsian dalam liabiliti perkongsian terhad Labuan yang ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian

Liabiliti Terhad Labuan 2009 yang terkandung dalam kumpulan wang amanah dan yang berkenaan dengannya suatu arahan sah di bawah seksyen 46D(1) yang telah dibuat;

“pemegang amanah yang ditetapkan” ertinya suatu syarikat yang didaftarkan sebagai syarikat amanah Labuan di bawah Bahagian V

Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2009 untuk menjalankan perniagaan sebagai syarikat amanah di Labuan;

“pelupusan”, berhubung dengan syer yang ditetapkan, termasuk—

(a)

penjalanan kuasa mengundi yang membawa kepada, atau yang boleh membawa kepada, pelikuidasian syarikat atau pembatalan syer atau apa-apa hak yang terikat padanya;

dan

(b)

pewujudan apa-apa kepentingan di sisi undang-undang atau saksama dalam syer;

“orang berkepentingan”, berhubung dengan suatu amanah, ertinya—

Amanah Labuan 65

(a)

benefisiari amanah itu;

(b)

objek suatu kuasa budi bicara ke atas apa-apa modal atau pendapatan amanah itu;

(c)

ibu atau bapa atau penjaga di sisi undang-undang kepada mana-mana orang belum dewasa yang termasuk dalam perenggan (a) atau (b);

(d)

penguat kuasa;

(e)

pelindung; atau

(f)

penyiasat yang dilantik;

“tuntutan campur tangan”

ertinya tuntutan oleh orang berkepentingan di bawah subseksyen 46H(1) untuk pemegang amanah campur tangan dalam hal ehwal syarikat;

“penjaga di sisi undang-undang”, berhubung dengan orang belum dewasa, ertinya orang yang diiktiraf menurut undang-undang sebagai penjaga orang belum dewasa itu dalam mana-mana bidang kuasa yang orang belum dewasa mempunyai hubungan yang rapat dengannya;

“kaedah-kaedah jawatan pengarah” ertinya kaedah-kaedah yang disebut dalam subseksyen 46G(1) dan apa-apa pindaan yang dibuat kepada kaedah-kaedah itu yang sedang berkuat kuasa;

“amanah”, berhubung dengan syer yang ditetapkan, ertinya amanah yang baginya syer yang ditetapkan itu dipegang;

“kumpulan wang amanah”, berhubung dengan suatu amanah, ertinya harta yang sedang tertakluk kepada amanah.

(2)

Dalam Bahagian ini—

(a)

sebutan mengenai kuasa mengundi berkenaan dengan syer hendaklah dianggap sebagai termasuk sebutan mengenai kuasa untuk mengarahkan pengundian syer yang dipegang oleh penama;

(b)

sebutan, berhubung dengan suatu amanah, kepada seorang pelindung termasuk seseorang atau jawatankuasa

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

yang keizinannya diperlukan bagi penjalanan mana-mana kuasa;

(c)

sebutan mengenai memorandum dan perkara-perkara suatu syarikat adalah mengenai sebutan kepada memorandum persatuan dan perkara persatuan syarikat itu;

(d)

suatu syarikat hendaklah dianggap berkaitan dengan suatu syarikat yang lain sekiranya—

(i)

syarikat lain itu memegang, secara langsung atau melalui penama, syer dalam syarikat lain itu;

(ii)

syarikat itu dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh syarikat yang lain itu; atau

(iii)

syarikat itu berkaitan dengan suatu syarikat yang berkaitan dengan syarikat yang lain itu;

(e)

suatu alasan bagi aduan berkenaan dengan penjalanan hal ehwal sesuatu syarikat adalah dibenarkan jika ia dinyatakan sedemikian dalam surat cara amanah, dan ungkapan “alasan dibenarkan bagi aduan” hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;

(f)

sebutan mengenai “syer”, “pengarah”, “dividen-dividen”

dan “memorandum dan perkara-perkara suatu syarikat”

berhubung dengan syer yang ditetapkan hendaklah, jika syer yang ditetapkan adalah berkaitan dengan liabiliti perkongsian terhad Labuan, merupakan sebutan kepada

“unit-unit perkongsian”, “rakan kongsi yang ditetapkan”,

“pengagihan” dan “persefahaman perkongsian” masing-masing dan peruntukan-peruntukan dalam Bahagian ini hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Maksud utama Bahagian ini