Malaysia legislation

Section 46D

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 46D

(a)

bagi semua syer yang terkandung dalam kumpulan wang amanah itu; atau

(b)

bagi apa-apa syer yang terkandung dalam kumpulan wang amanah yang dinyatakan dalam arahan itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), syer yang terkandung dalam kumpulan wang amanah hendaklah dikira sebagai termasuk syer yang akan menjadi terkandung dalam kumpulan wang amanah itu pada bila-bila masa selepas pewujudan amanah itu, sama ada ditambah kepada kumpulan wang amanah itu melalui penyelesaian tambahan oleh pembuat amanah asal atau mana-mana orang lain, diperoleh atas terbitan baru oleh syarikat atau dalam penjalanan pengurusan atau pentadbiran kumpulan wang itu, atau diperoleh mengikut apa-apa cara lain.

(3)

Suatu arahan di bawah subseksyen (1) tidak boleh dibuat berkenaan dengan syer yang ditambah ke dalam kumpulan wang amanah oleh pemegang amanah bagi amanah yang lain dalam menjalankan kuasa dalam amanah yang lain itu.

(4)

Syarat yang disebut dalam subseksyen (1) adalah seperti yang berikut:

(a)

amanah itu diwujudkan oleh atau atas terma-terma surat cara wasiat bertulis atau surat cara inter vivos;

(b)

pemegang amanah yang ditetapkan ialah pemegang amanah tunggal bagi amanah itu;

(c)

terma-terma amanah itu menghendaki supaya manamana pemegang amanah pengganti (pengantara atau langsung)

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

ialah pemegang amanah yang ditetapkan yang bertindak sebagai pemegang amanah tunggal; dan

(d)

amanah itu tidak diwujudkan dalam menjalankan kuasa yang diberikan oleh amanah yang lain.

(5)

Suatu arahan di bawah subseksyen (1) boleh mengenal pasti syer yang dengannya berkaitan sama ada secara khusus atau melalui perihalan am.

(6)

Tertakluk kepada subseksyen (7), jika seseorang yang merupakan pembuat amanah berhubung dengan amanah syer yang ditetapkan dan harta tambahan diselesaikan atas terma-terma amanah itu oleh orang lain, orang yang mula-mula disebut itu hendaklah dikira sebagai pembuat amanah berhubung dengan amanah harta tambahan itu bagi maksud Bahagian ini.

(7)

Sekiranya surat cara amanah memperuntukkan bahawa subseksyen (6) tidak terpakai, maka, dalam hal amanah yang terdiri daripada harta yang telah disediakan oleh lebih daripada seorang,

Akta ini hendaklah terpakai seolah-olah setiap orang telah mewujudkan suatu amanah berasingan berhubung dengan harta yang disediakannya.

Kewajipan pemegang amanah berhubung dengan syer yang ditetapkan