Malaysia legislation
Section 46L
Seksyen 46L
(2)
Tiada apa-apa pengecualian hak sedemikian boleh dikuatkuasakan, atau terus berkuat kuasa, selepas habis tempoh dua puluh tahun dari kewujudan amanah itu.
(3)
Jika seseorang yang menerima syer yang ditetapkan, atau kepentingan dalam syer yang ditetapkan itu, ialah seorang yang, menurut kuasa pengecualian hak sedemikian, tidak mempunyai hak untuk menerima syer atau kepentingan itu pada masa ini, dia hendaklah, tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), memegang syer atau kepentingan itu atas amanah bagi memindahkan syer atau kepentingan itu kepada pemegang amanah, dan Mahkamah boleh memerintahkannya berbuat demikian atas permohonan oleh pemegang amanah atau mana-mana orang yang dinyatakan dalam subseksyen 46J(3).
(4)
Dalam masa apa-apa pengecualian hak sedemikian, seksyen 47 tidak terpakai bagi amanah itu.
Kehilangan kelayakan pemegang amanah sebagai pengarah