Malaysia legislation
Section 46O
Seksyen 46O
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), pemegang amanah syer yang ditetapkan—
(a)
tidak dikehendaki membuat apa-apa siasatan tentang sama ada apa-apa fakta wujud yang akan, atau mungkin, sama ada dengan atau tanpa apa-apa maklumat lain, membentuk asas bagi suatu tuntutan campur tangan;
(b)
tidak mempunyai obligasi untuk memaklumkan mana-mana orang berkepentingan mengenai apa-apa fakta yang diketahuinya, atau yang disyakinya, adalah berkenaan dengan harta syarikat atau penjalanan hal ehwal syarikat; dan
(c)
tidak boleh menanggung liabiliti sebagai pensubahat bagi pelanggaran kewajipan pengarah oleh sebab apa-apa peninggalan di pihak pemegang amanah untuk mengambil tindakan apabila pemegang amanah menyedari, atau mengesyaki, bahawa telah atau akan berlaku pelanggaran sedemikian, atau oleh sebab apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam mematuhi peruntukan seksyen 46G.
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
Sekatan ke atas amanah Labuan hendaklah terpakai