Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
(a)
mana-mana orang belum dewasa, atau mana-mana orang yang tidak upaya di sisi undang-undang, yang mempunyai kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, sama ada terletak hak atau kontingen di bawah amanah itu;
(b)
mana-mana orang, sama ada ditentukan atau tidak, yang menjadi berhak, secara langsung atau tidak langsung, mendapat suatu kepentingan di bawah amanah itu pada suatu tarikh akan datang atau apabila terjadi suatu kejadian akan datang;
(c)
seseorang daripada mana-mana perihalan tertentu atau seseorang anggota mana-mana kelas orang yang tertentu;
(d)
mana-mana orang yang belum dilahirkan; atau
(e)
mana-mana orang yang berkenaan dengan apa-apa kepentingannya yang mungkin terakru kepadanya oleh sebab apa-apa kuasa budi bicara yang diberikan kepada mana-mana orang atas kegagalan atau penentuan apa-apa kepentingan yang sedia ada yang tidak gagal atau ditentukan, meluluskan apa-apa perkiraan yang mengubah atau membatalkan terma sesuatu amanah atau menambah atau mengubah suai kuasa pengurusan atau pentadbiran mana-mana pemegang amanah, sama
Amanah Labuan 83
ada atau tidak terdapat orang lain dengan kepentingan benefisial yang berupaya menyetujui perkiraan itu.
(2)
Mahkamah tidak boleh meluluskan sesuatu perkiraan bagi pihak mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b), (c)
atau (d) melainkan jika ia berpuas hati bahawa pelaksanaan perkiraan itu adalah tampaknya bagi faedah orang itu.
Kelulusan transaksi tertentu