Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
(2)
Mahkamah juga boleh, jika didapatinya patut—
(a)
membuat suatu perintah berkenaan dengan—
(i)
pelaksanaan atau pentadbiran apa-apa amanah;
84 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(ii)
pemegang amanah apa-apa amanah, termasuk suatu perintah yang berhubungan dengan penjalanan apa-apa kuasa, budi bicara atau kewajipan pemegang amanah, pelantikan atau pemecatan pemegang amanah, saraan pemegang amanah, pengemukaan akaun, tingkah laku pemegang amanah dan apa-apa bayaran kepada mahkamah;
(iii)
mana-mana benefisiari atau mana-mana orang yang mempunyai apa-apa kaitan dengan amanah itu; atau
(iv)
apa-apa harta amanah, termasuk suatu perintah tentang peletakhakan, pemeliharaan, penggunaan, penyerahan atau perolehan kembalinya;
(b)
membuat suatu perisytiharan tentang kesahan atau kebolehkuatkuasaan sesuatu amanah;
(c)
menghapuskan atau mengubah apa-apa perintah atau perisytiharan yang dibuat di bawah Akta ini, atau membuat apa-apa perintah atau perisytiharan baru atau lanjut.
(3)
Sesuatu permohonan kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah atau perisytiharan di bawah subseksyen (2) boleh dibuat oleh pemegang amanah atau mana-mana benefisiari.
(4)
Semua prosiding selain prosiding jenayah yang berhubungan dengan mana-mana amanah Labuan yang dimulakan dalam mana-mana mahkamah hendaklah, melainkan jika mahkamah memerintahkan selainnya, didengar in camera dan tiada butir-butir prosiding itu boleh disiarkan oleh mana-mana orang tanpa kebenaran mahkamah.
(5)
Jika Mahkamah membuat perintah bagi pelantikan seorang pemegang amanah, ia boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut, termasuk syarat tentang peletakhakan harta amanah.
(6)
Tertakluk kepada apa-apa perintah Mahkamah, seorang pemegang amanah yang dilantik oleh Mahkamah di bawah seksyen
Amanah Labuan 85
ini hendaklah mempunyai kuasa, budi bicara dan kewajipan yang sama seolah-olah dia telah dilantik sebagai pemegang amanah sejak asal.
Pembayaran kos