Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
(2)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau apa-apa perlanjutan yang boleh diberikan oleh
Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3)
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen
(1)
, tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan apa-apa kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4)
Apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan boleh dikompaun boleh dilepaskan atau dilucut hak oleh
Lembaga, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang Lembaga fikirkan patut untuk dikenakan mengikut syarat untuk mengkompaun.
(5)
Semua jumlah wang yang diterima oleh Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29 Akta Lembaga Perkhidmatan
Kewangan Labuan 1996.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan