Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA AMANAH PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 7

(2)

Harta amanah tidak boleh termasuk apa-apa harta Malaysia melainkan jika kelulusan Lembaga diperoleh terlebih dahulu atau amanah itu merupakan amanah bagi maksud khairat.

(3)

Benefisiari sesuatu amanah Labuan boleh merupakan orang berkelayakan atau pemastautin.

(4)

Syarikat amanah Labuan hendaklah menjadi salah satu daripada pemegang amanah sesuatu amanah Labuan.

(5)

Jika harta amanah termasuk harta Malaysia, apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada harta amanah itu hendaklah tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53].

(6)

Jika amanah itu tidak termasuk harta Malaysia, apa-apa pendapatan yang diperoleh daripada apa-apa harta amanah itu hendaklah tertakluk kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445].

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “harta Malaysia” ertinya apa-apa harta yang terletak di Malaysia.

Pewujudan amanah Labuan