Malaysia legislation
Section 8A
Seksyen 8A
(2)
Semua prosiding (selain prosiding jenayah) yang berhubungan dengan suatu amanah Labuan yang dimulakan di mana-mana mahkamah di bawah peruntukan Akta ini dan apa-apa rayuan daripadanya, hendaklah, melainkan jika mahkamah memerintahkan selainnya, didengar secara tertutup dan tiada butir-butir mengenai prosiding itu boleh disiarkan oleh mana-mana orang tanpa kebenaran mahkamah.
(3)
Subseksyen
(1)
tidak terpakai jika penzahiran itu dikehendaki—
(a)
menurut suatu perintah mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa dalam mana-mana prosiding;
(b)
bagi maksud pelaksanaan fungsi penyeliaan Lembaga yang diperuntukkan di bawah
Akta
Lembaga
Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996;
(c)
menurut seksyen 22 Akta Cukai Aktiviti Perniagaan
Labuan 1990; atau
(d)
dengan persetujuan amanah Labuan itu.
(4)
Jika perintah yang disebut dalam perenggan (3)(a) diperoleh secara permohonan ex-parte, pemegang amanah itu boleh memberitahu orang yang terjejas oleh perintah itu dan apabila
Amanah Labuan 17
menerima pemberitahuan itu, orang yang terjejas itu boleh memfailkan permohonan yang perlu kepada mahkamah untuk mencabar perintah itu atau selainnya memenuhi perintah itu dengan sewajarnya.
(5)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Penalti: Pemenjaraan selama tiga tahun atau satu juta ringgit atau kedua-duanya.
(6)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang mana-mana mahkamah daripada menggunakan budi bicaranya untuk menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau memberikan apa-apa keterangan dalam mana-mana prosiding di hadapan mahkamah yang berkaitan dengan prosiding itu.
Pemegangan hak tertentu oleh pembuat amanah