Malaysia legislation

Section 2

of AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR (PEMANSUHAN) 2020

Seksyen 2

Pemansuhan dan kecualian

(2)

Pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 tidak menjejaskan apa-apa perintah yang dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 825

AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR

(PEMANSUHAN) 2020

Undang-Undang Malaysia 4

Akta 825

(3)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, apa-apa permohonan bagi suatu perintah di bawah Akta yang dimansuhkan yang dibuat sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini atau apa-apa prosiding berkenaan dengan permohonan itu yang belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan boleh diteruskan seolah-olah Akta yang dimansuhkan masih berkuat kuasa.

(4)

Pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, apa-apa penyiasatan, pendakwaan atau prosiding berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta yang dimansuhkan yang belum selesai di bawah Akta yang dimansuhkan boleh diteruskan seolah-olah Akta yang dimansuhkan masih berkuat kuasa.

Section 2 — AKTA ANTIBERITA TIDAK BENAR (PEMANSUHAN) 2020