Malaysia legislation

Section 16

of AKTA BANK ISLAM 1983

Seksyen 16

(2)

Amaun atau amaun-amaun

(2)

Amaun atau amaun-amaun minimum aset yang sedemikian ditetapkan untuk dipegang hendaklah dinyatakan mengikut—

(a)

suatu atau beberapa peratusan

(a)

suatu atau beberapa peratusan daripada liabiliti semasa, liabiliti akaun simpanan, liabiliti bermasa dan liabiliti deposit lain bagi tiap-tiap bank Islam dan apa-apa liabilitinya yang lain yang ditentukan oleh Bank Negara, sama ada bersesama atau berasingan; dan

(b)

suatu peratusan daripada

(b)

suatu peratusan daripada apa-apa aset bagi akaun pelaburan tiap-tiap bank Islam;

apa-apa peratusan atau peratru dan apa-apa peratusan atau peratusan-peratusan itu boleh diubah oleh Bank Negara dari semasa ke semasa dengan notis secara bertulis kepada bank.

(3)

Apabila Bank Negara menyusun

(3)

Apabila Bank Negara mengeluarkan sesuatu notis di bawah subseksyen (1) tiap-tiap bank Islam hendaklah diberi sesuatu tempoh tangguhan yang sama, tidak kurang daripada satu minggu, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu untuk mematuhi peruntukan-peruntukannya.

(4)

Sesuatu bank Islam tidak hold

(4)

Sesuatu bank Islam tidak boleh, tanpa kelulusan Bank Negara, meminjamkan atau mendahulukan apa-apa wang kepada seseorang dalam tempoh bank itu tidak mematuhi sesuatu notis di bawah subseksyen (1).

(5)

Bagi maksud mengira amaun atau amaun-amaun aset cair di bawah seksyen ini dan liabiliti-semasa, liabiliti-akaun-simpanan, liabiliti-akaun-pelaburan, liabiliti-bermasa dan liabiliti-deposit-lain bagi sesuatu bank Islam yang menjalankan perniagaan di Malaysia dan di tempat lain dan apa-apa liabiliti lain bank itu yang ditentukan oleh Bank Negara, pejabat-pejabat dan cawangan-cawangan bank itu di Malaysia hendaklah disifatkan sebagai menjadi suatu bank berasingan yang menjalankan perniagaan di Malaysia.

(6)

Bagi maksud-maksud seksyen ini aset-aset cair ialah—

(a)

wang kertas dan syiling yang sah diperlakukan di Malaysia;

(b)

baki di Bank Negara, tidak termasuk rizab yang dinyatakan dalam paragraf (c) subseksyen (1) seksyen 37 Ordinan Bank Negara Malaysia 1958;

(c)

sijil-sijil pelaburan yang dikeluarkan di bawah Akta Pelaburan Kerajaan 1983; dan

(d)

apa-apa aset lain yang diluluskan oleh Menteri atas syor Bank Negara.

(7)

Bank Negara boleh dengan notis secara bertulis menghendaki tiap-tiap bank Islam memberi apa-apa penyata atau penyata-penyata sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Bank Negara untuk pelaksanaan seksyen ini.

(8)

Sesuatu bank Islam yang tidak mematuhi manamana daripada peruntukan seksyen ini boleh kena membayar, apabila diminta berbuat demikian oleh Bank Negara, suatu penalti sebanyak tidak lebih daripada satu persepuluh daripada satu peratus daripada amaun kekurangan bagi tiap-tiap hari kekurangan itu berterusan.

(9)

Sesuatu bank Islam yang tidak atau enggan membayar sesuatu penalti di bawah subseksyen (8) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.