Malaysia legislation

Section 17

of AKTA BANK ISLAM 1983

Seksyen 17

(2)

Menteri atas syor Bank Negara boleh melantik seorang juruaudit—

(a)

jika bank

(a)

jika bank Islam itu tidak melantik seorang juruaudit; atau

(b)

jika dikhid

(b)

jika difikirkannya perlu supaya seorang lagi juruaudit bertindak bersama dengan juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1), dan boleh menetapkan saraan yang akan dibayar oleh bank Islam itu kepada juruaudit itu.

(3)

Kewajipan-kewajipan juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan (2) bagi bank Islam itu ialah—

(a)

untuk menjalankan bagi tahun yang dia dilantik pengauditan akaun-akaun bank itu; dan

(b)

Paragraph

(b)

membuat suatu laporan menurut seksyen 174 Akta Syarikat 1965 berkenaan dengan kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunan bank itu.

(4)

Laporan juruaudit yang tersebut dalam paragraf (b) subseksyen (3) hendaklah dibentangkan bersama dengan laporan pengarah-pengarah bank Islam itu di mesyuarat agung tahunan bank itu; dan suatu akuan berkanun yang dibuat oleh pegawai kanan bank itu yang bermaksud bahawa laporan itu telah sedemikian dibentangkan hendaklah menyertai dokumen-dokumen yang dihantarkan di bawah paragraf (c) subseksyen (1) seksyen 18.

(5)

Tiada seseorang yang mempunyai sesuatu kepentingan dalam sesuatu bank Islam lain daripada sebagai seorang pemegang syer, dan tiada seseorang pengarah atau pegawai bank itu layak dilantik sebagai juruaudit bagi bank itu; dan mana-mana orang yang dilantik sebagai juruaudit bagi sesuatu bank Islam yang selepas perlantikan itu memperolehi apa-apa kepentingan atau menjadi seorang pengarah atau seorang pegawai bank itu hendaklah serta-merta berhenti daripada menjadi juruaudit.

(6)

Kewajipan-kewajipan, kuasa-kuasa dan liabiliti liabiliti yang dikenakan dan diberi oleh seksyen 33 berhubungan dengan sesuatu penyiasatan oleh Bank Negara mengenai hal-ehwal sesuatu bank Islam di bawah seksyen 31 atau 32 adalah dengan ini dikenakan dan diberikan berhubungan dengan juruaudit-juruaudit yang dilantik di bawah seksyen ini.

(7)

Mana-mana bank Islam yang tidak mematuhi kehendak-kehendak subseksyen (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.