Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(a)
menunjukkan di suatu tempat yang mudah dilihat di tiap-tiap pejabat atau tempat perniagaan di Malaysia—
(i)
satu salinan bagi tiap-tiap satu kunci kirakira, akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diaudit akhir sekali, bersama dengan apa-apa catatan mengenainya, dan laporan juruaudit;
(ii)
nama penuh semua pengarahnya; dan
(iii)
nama semua subsidiari bagi bank itu pada masa itu;
(b)
menyiarkan dalam masa empat belas hari selepas daripada dibentangkan akaunnya di mesyuarat agung tahunannya dalam sekurangkurangnya dua akhbar harian yang disiarkan di Malaysia dan diluluskan oleh Bank Negara, satu salinan bagi tiap-tiap satu kunci kira-kira, akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diaudit akhir sekali, bersama dengan apa-apa catatan mengenainya, dan laporan juruaudit; dan
(c)
dalam masa enam bulan selepas ditutup tiaptiap satu tahun kewangan atau apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang diluluskan oleh Bank Negara, menghantar kepada Bank Negara—
(i)
dua salinan bagi tiap-tiap satu kunci kira-kira, akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diaudit akhir sekali, bersama dengan apa-apa catatan mengenainya, dan laporan juruaudit dan pengarah-pengarah;
mudah di-mpat per-kunci kira
1 kerugian udit akhir pa catatan ruaudit;
iya; dan nk itu pada belas hari aunnya di sekurang-g disiarkan nk Negara, ei kira-kira, ahunannya ma dengan n laporan tutup tiap pa tempoh uskan oleh ada Bank kunci kira kerugian udit akhir pa catatan uaudit dan
(ii)
mengenai sesuatu bank Islam dengan mempunyai cawangan-cawangan di luar Malaysia, dua salinan bagi tiap-tiap satu kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diaudit akhir sekali berkenaan dengan pengendaliannya di Malaysia, dan dua salinan bagi tiap-tiap satu kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian tahunannya yang telah diaudit akhir sekali berkenaan dengan pengendaliannya dalam tiap-tiap satu negeri di luar Malaysia.
(2)
Bentuk dan kandungan kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian, bersama dengan laporan pengarah, hendaklah sebagaimana diluluskan oleh Bank Negara.
(3)
Bank Negara
(3)
Bank Negara boleh menghendaki sesuatu bank Islam mengemukakan apa-apa maklumat lanjut atau tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu sama ada dengan jalan penjelasan, penghuraian atau lain-lain berkenaan dengan kunci kira-kira dan akaun keuntungan dan kerugian yang dihantar oleh bank itu di bawah paragraf (c) subseksyen (1) dan maklumat itu hendaklah dikemukakan dalam apa-apa tempoh dan dengan apa-apa cara sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank Negara.
(4)
Sesuatu bank I
(4)
Sesuatu bank Islam yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.