Malaysia legislation

Section 19

of AKTA BANK ISLAM 1983

Seksyen 19

(a)

suatu penyata yang menjadi

(a)

suatu penyata yang menunjukkan liabiliti dan aset bagi pejabat-pejabat dan cawangcawangan banknya di Malaysia pada penutupan perniagaan pada hari perniagaan akhir bagi tiap-tiap bulan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan dengan notis secara bertulis dari semasa ke semasa oleh Bank Negara;

(b)

suatu penyata memberi

(b)

suatu penyata memberi suatu analisis mengenai pinjaman-pinjaman, pendahuluan-pendahuluan dan pelaburan-pelaburan bagi pejabat-pejabat dan cawangan-cawangan banknya di Malaysia seperti pada apa-apa lat tempoh dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan dengan notis dari semasa ke semasa oleh Bank Negara;

(c)

tidak lewat daripada enam bulan selepas ditutup tahun kewangannya, suatu penyata yang menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan berkenaan dengan perniagaannya di Malaysia;

(d)

walau apa pun peruntukan subseksyen (3) seksyen 34, suatu penyata yang menunjukkan maklumat kredit pelanggan-pelanggannya sebagaimana yang dikehendaki bagi maksudmaksud biro kredit yang ditubuhkan di bawah seksyen 30 (1) (mmm) Ordinan Bank Negara Malaysia 1958 pada apa-apa lat tempoh dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan dengan notis secara bertulis dari semasa ke semasa oleh Bank Negara; dan

(e)

apa-apa maklumat perangkaan sebagaimana yang diminta oleh Bank Negara.

(2)

Kecuali bagi maksud-maksud paragraf—

(d)

sub-seksyen (1), apa-apa maklumat yang diterima daripada sesuatu bank di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai rahsia antara bank itu dan Bank Negara.

(3)

Sesuatu bank Islam yang tidak mematuhi sesuatu kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada empat ribu ringgit bagi tiap-tiap hari keingkaran itu berterusan.

(4)

Adalah menjadi tanggungjawab Bank Negara menyediakan dan menyiarkan penyata-penyata yang disatukan mengagregatkan angka-angka dalam penyata-penyata yang diberi di bawah paragraf (a) dan (b) subseksyen (1).