Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Apabila sesuatu pinjaman atau pendahuluan dibuat oleh mana-mana bank Islam yang agregatnya dijamin dengan dua puluh peratus atau lebih daripada syer modal yang telah dibayar bagi mana-mana bank Islam lain atau mana-mana bank berlesen di bawah Akta Bank 1973 yang diperbadankan di Malaysia atau bagi mana-mana syarikat kewangan yang dilesen di bawah Akta Syarikat Kewangan 1969, bank Islam hendaklah melaporkan fakta itu kepada Bank Negara.
(3)
Laporan yang dikehendaki dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah mengandungi yang berikut—
(i)
nama dan alam
(i)
nama dan alamat peminjam-peminjam;
(ii)
nama bark L
(ii)
nama bank Islam, bank berlesen atau syarikat kewangan yang mengeluarkan syer yang dengannya pinjaman atau pendahuluan itu dicagarkan;
(iii)
bilangan syar wan
(iii)
bilangan syer yang dengannya pinjaman atau pendahuluan itu dicagarkan; dan
(iv)
amaun pinjaman
(iv)
amaun pinjaman atau pendahuluan.
(4)
Laporan-laporan di bawah subseksyen (1) dan (2) hendaklah menjadi tambahan kepada apa-apa laporan yang mungkin dikehendaki menurut peruntukan manama undang-undang bertulis yang lain.
(5)
Bagi maksud seksyen ini, ungkapan "pengawalan" berhubungan dengan sesuatu bank Islam ertinya pemilikan secara langsung atau secara tak langsung kuasa untuk mengarahkan atau mempastikan pengarahan pengurusan dan dasar bank itu.
(6)
Mana-mana bank Islam yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan subseksyen (1) atau (2) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak-kurang daripada dua puluh ribu ringgit.