Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(a)
perkiraan atau perjanjian yang dicadangkan—
untuk menjual atau melupuskan syer-syer atau perniagaannya; atau
(ii)
mengenai kuasa mengundi, pengurusan atau perkara-perkara lain, yang akan mengakibatkan sesuatu perubahan dalam pengawalan atau pengurusan bank itu; dan
(b)
skim yang dicadangkan—
(i)
bagi membina semula bank itu; atau
(ii)
bagi menyatukan, mencantumkan atau selainnya antara bank itu dan manamana perbadanan lain, dalam mana kesemua atau mana-mana bahagian daripada pengusahaan atau harta bank itu akan dipindah milik kepada suatu perbadanan lain.
(2)
Menteri, atas syor Bank Negara, boleh meluluskan atau enggan membenarkan perkiraan, perjanjian atau skim yang dicadangkan itu, tetapi kelulusan Menteri itu janganlah hendaknya ditahan dengan tidak berpatutan.