Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(a)
membayar apa-apa dividen atas syer-syernya sehingga semua perbelanjaannya yang diper-modalkan (termasuk belanja permulaan, belanja penubuhan, komisen menjual syer, bayaran broker, amaun kerugian yang ditanggung dan apa-apa butiran perbelanjaan lain yang tidak berupa aset zahir) telah dihapuskan dengan sepenuhnya;
(b)
memberi sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit dengan cagaran syer-syernya sendiri; atau
(c)
memberi pendahuluan tak bercagar, pinjaman tak bercagar atau kemudahan kredit tak bercagar lebih daripada sepuluh ribu ringgit pada agregatnya dan belum dijelaskan pada manamana satu masa kepada mana-mana perbadanan yang disifatkan sebagai berkaitan dengan bank itu sebagaimana diperihalkan dalam seksyen 6 Akta Syarikat 1965, lain daripada sesuatu bank Islam, sesuatu bank berlesen di bawah Akta Bank 1973, sesuatu syarikat kewangan yang diberi lesen di bawah Akta Syarikat Kewangan 1969, atau mana-mana institusi kewangan lain yang diluluskan oleh Bank Negara.
(2)
Bagi maksud seksyen ini "pendahuluan tak bercagar", "pinjaman tak bercagar" dan "kemudahan kredit tak bercagar" masing-masing ertinya pendahuluan, pinjaman dan kemudahan kredit yang diberi tanpa cagaran, atau, berkenaan dengan apa-apa pendahuluan, pinjaman dan kemudahan kredit yang diberi dengan cagaran, mana-mana bahagiannya yang pada bila-bila masa lebih daripada nilai pasaran-bagi asetaset yang menjadi cagaran itu atau, jika Bank Negara berpuas hati bahawa tiada sesuatu nilai pasaran yang tertentu, nilai yang dibuat atas asas sesuatu penilaian yang diluluskan oleh Bank Negara.
(a)
mana-mana daripada pengarah, pegawai atau pekerjanya atau orang-orang lain iaitu orang yang menerima saraan daripada bank Islam itu (selain daripada akauntan, peguambela dan peguamcara, arkitek, ejen estet, doktor dan mana-mana orang lain yang menerima saraan daripada bank itu berkenaan dengan perkhidmatan-perkhidmatan profesional mereka);