Malaysia legislation

Section 28

of AKTA BANK ISLAM 1983

Seksyen 28

(2)

Kehendak-kehendak subseksyen (1) tidaklah terpakai dalam sesuatu hal jika kepentingan pengarah itu adalah terdiri hanya daripada menjadi seorang anggota atau pemiutang sesuatu perbadanan, yang ada kepentingan di dalam sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit atau pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang dicadangkan daripada bank Islam itu jika kepentingan pengarah itu boleh dengan sewajarnya dianggap sebagai bukan sesuatu kepentingan material.

(3)

Bagi maksud-maksud subseksyen (1), suatu notis am yang diberi kepada lembaga pengarah sesuatu bank Islam oleh seseorang pengarah yang bermaksud bahawa dia adalah seorang pegawai atau anggota sesuatu firma tertentu atau seorang anggota sesuatu perbadanan tertentu dan dianya hendaklah dianggap sebagai ada kepentingan di dalam sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang mungkin, selepas tarikh notis itu, diberi kepada firma atau perbadanan itu hendaklah disifatkan suatu pengisytiharan kepentingan yang cukup berhubungan dengan sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit yang sedemikian diberi jika—

(a)

notis itu menyatakan jenis dan takat kepentingannya di dalam sesuatu firma atau perbadanan tertentu;

(b)

kepentingannya tidaklah berlainan jenisnya atau lebih besar takatnya daripada jenis dan takat yang dinyatakan sedemikian dalam notis itu pada masa sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit diberi; dan

(c)

notis itu diberi pada mesyuarat pengarah-pengarah atau pengarah itu mengambil langkah yang munasabah untuk mempastikan supaya ia dikemukakan dan dibaca di mesyuarat pengarah-pengarah yang berikutnya selepas ia diberi.

(4)

Tiap-tiap pengarah sesuatu bank Islam yang memegang sesuatu jawatan atau memiliki apa-apa harta dengan mana sama ada secara langsung atau secara tak langsung kewajipan atau kepentingan mungkin diwujudkan bercanggah dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai seorang pengarah hendaklah mengisytiharkan di suatu mesyuarat pengarah-pengarah bank Islam itu fakta dan keadaan, jenis dan takat percanggahan itu.

(5)

Pengisytiharan yang tersebut dalam subseksyen (4) hendaklah dibuat pada mesyuarat pertama pengarahpengarah yang diadakan—

(a)

selepas dia menjadi seorang pengarah bank Islam itu; atau

(b)

(jika sudah pun menjadi seorang pengarah) selepas dia mula memegang jawatan atau memiliki harta, mengikut mana yang dikehendaki.

(6)

Setiausaha bank Islam itu hendaklah mempastikan supaya dikemukakan dan dibaca apa-apa pengisytiharan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (4) di mesyuarat pengarah yang berikut selepas ianya diberi, dan hendaklah merekod apa-apa pengisytiharan yang dibuat di bawah seksyen ini dalam minit mesyuarat di mana ianya telah dibuat atau di mana ianya telah dikemukakan dan dibaca.

(7)

Seseorang pengarah yang bertindak dengan melanggar subseksyen (1) atau (4) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.