Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(2)
Sesuatu kemudahan kredit yang diberi di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang hendaklah diterangkan dalam suatu akaun yang berasingan daripada yang disimpan bagi apa-apa kemudahan kredit lain yang diberi kepadanya.
(3)
Bank Negara boleh memberi arahan secara bertulis kepada mana-mana bank Islam berkenaan dengan hal-hal yang berikut, iaitu—
(a)
asas dan
(a)
asas dan cara bagi menentukan nilai pasaran syer-syer yang dipegang sebagai cagaran bagi kemudahan kredit itu;
(b)
pengeluang
(b)
pengeluaran wang atau syer-syer oleh orang yang kepadanya kemudahan kredit itu telah diberi;
(c)
penggantian syer-syer yang dipegang dengan syer-syer lain sebagai cagaran bagi lain-lain kemudahan kredit itu; dan
(d)
ana ana
(d)
apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu.
(4)
Mana-mana bank Islam yang bertindak dengan melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini atau sesuatu arahan yang diberikan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.