Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
"bank Islam" ertinya sesuatu syarikat yang menjalankan perniagaan bank Islam dan memegang sesuatu lesen yang sah; dan semua pejabat dan cawangan bank itu di Malaysia hendaklah disifatkan sebagai satu bank;
"Bank Negara" ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan oleh Ordinan Bank Negara Malaysia 1958;
"cawangan" berhubungan dengan sesuatu bank Islam termasuklah sesuatu cawangan bergerak bagi bank itu dan sesuatu cawangan yang ditubuhkan dan disenggarakan bagi sesuatu tempoh terhad sahaja;
lesen ertinya suatu lesen yang diberi di bawah seksyen 3;
"pejabat."
"pejabat" . . .
"liabiliti akaun pelaburan" berhubungan dengan sesuatu bank Islam ertinya liabiliti deposit di bank itu berkenaan dengan wang yang diletakkan oleh seseorang pendeposit di bank itu selama tempoh masa tetap di bawah suatu perjanjian untuk berkongsi keuntungan dan kerugian bank itu di atas pelaburan apa-apa wang itu;
"liabiliti akaun simpanan" berhubungan dengan sesuatu bank Islam ertinya jumlah deposit di bank itu yang biasanya menghendaki penyerahan buku simpanan atau apa-apa dokumen lain sebagai ganti buku simpanan sebagaimana yang diluluskan oleh Bank Negara bagi mendeposit atau mengeluarkan wang;
"liabiliti bermasa" berhubungan dengan sesuatu bank Islam ertinya jumlah deposit di bank itu yang kena dibayar lain daripada apabila diminta, tetapi tidak termasuk liabiliti akaun simpanan atau deposit manamana bank Islam lain, mana-mana bank berlesen di bawah Akta Bank 1973 atau Bank Negara;
"liabiliti deposit lain" berhubungan dengan sesuatu bank Islam ertinya liabiliti deposit di bank itu lain daripada akaun simpanan, akaun pelaburan, liabiliti semasa dan bermasa dan liabiliti deposit dari manamana bank Islam lain, mana-mana bank berlesen di bawah Akta Bank 1973 atau Bank Negara;
"liabiliti semasa" berhubungan dengan sesuatu bank Islam ertinya jumlah deposit di bank itu yang kena dibayar apabila diminta, tetapi tidak termasuk liabiliti akaun simpanan atau deposit mana-mana bank Islam lain, mana-mana bank berlesen di bawah Akta Bank 1973 atau Bank Negara;
"pendeposit" ertinya seseorang yang mempunyai sesuatu akaun di bank Islam, sama ada akaun itu adalah suatu akaun semasa, suatu akaun simpanan, suatu akaun pelaburan atau sesuatu akaun deposit lain;
"perbadanan" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh Akta Syarikat 1965;
"perniagaan bank Islam" ertinya perniagaan bank yang tujuan dan pengendaliannya tidak melibatkan apa-apa elemen yang tidak diluluskan oleh Agama Islam;
"perniagaan perbankan Islam antarabangsa ".
dengan bank itu uku sim-anti buku leh Bank wang;
sesuatu itu yang etapi tidak posit mana-erlesen di an sesuatu k itu lain in, liabiliti lari mana-perlesen di suatu bank yang kena suk liabiliti bank Islam Akta Bank mempunyai akaun itu simpanan deposit lain;
i kepadanya ngsa" ertinya selain ringgit sebagaimana an
"subsidiari" mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah seksyen 5 Akta Syarikat 1965;
"syarikat" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh Akta Syarikat 1965;
"syarikat awam" mempunyai erti yang diberi kepadanya oleh Akta Syarikat 1965;
"syer" ertinya syer dalam modal syer bagi sesuatu perbadanan dan termasuklah stok, kecuali jika sesuatu perbezaan antara stok dan syer adalah dinyatakan atau difahamkan.