Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Menteri boleh pada bila-bila masa mengarahkan Bank Negara membuat sesuatu penyiasatan, secara rahsia, mengenai buku-buku, akaun-akaun dan transaksi-transaksi sesuatu bank Islam, jika dia ada sebab bagi mempercayai bank Islam itu adalah menjalankan perniagaannya dengan cara yang memudaratkan kepentingan pendeposit-pendepositnya dan pemiutang-pemiutangnya yang lain, atau mempunyai aset-aset yang tidak mencukupi untuk meliputi liabilitinya kepada awam, atau adalah melanggar peruntukan-peruntukan Akta ini atau peruntukan-peruntukan Ordinan Bank Negara Malaysia 1958.