Malaysia legislation

Section 34

of AKTA BANK ISLAM 1983

Seksyen 34

(2)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menghadkan apa-apa kuasa yang diberi kepada Mahkamah Tinggi atau seseorang Hakimnya oleh Akta Buku Bank (Keterangan) 1949 atau melarang pematuhan sesuatu perintah yang dibuat di bawah Akta ini.

(3)

Kecuali dengan kebenaran secara bertulis Bank Negara dan setakat yang dinyatakan di dalamnya, tiada seseorang pegawai sesuatu bank Islam dan tiada seseorang yang oleh kerana kedudukan atau jawatannya boleh dengan apa-apa cara jua mempunyai akses kepada rekod-rekod bank itu, daftar-daftar atau apa-apa persuratan atau bahan berkenaan dengan akaun manamana pelanggan individu bank itu boleh memberi, menzahirkan atau membuka apa-apa jua maklumat berkenaan dengan wang atau butir-butir lain yang berkaitan dengan akaun pelanggan itu melainkan jika—

(a)

pelanggan itu atau wakil peribadinya memberi kebenarannya untuk berbuat demikian;

(b)

pelanggan itu diisytiharkan bankrap; atau

(c)

maklumat itu dikehendaki untuk menilai kelayakan kredit pelanggan itu berkenaan dengan sesuatu transaksi perdagangan bona fide atau sesuatu transaksi perdagangan jangkaan.

(4)

Peruntukan-peruntukan subseksyen (3) tidaklah terpakai bagi pemberian maklumat kepada juruauditjuruaudit yang dilantik di bawah seksyen 17, pegawaipegawai dan pekerja-pekerja bank yang bermastautin di Malaysia.

(5)

Seseorang yang bertindak dengan melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada empat puluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.