Malaysia legislation

Section 37

of AKTA BANK ISLAM 1983

Seksyen 37

(a)

sesuatu bank Islam memberitahu Bank Negara—

(ii)

bahawa ia hampir hendak menggantung pembayaran;

(i)

bahawa ia berpendapat bahawa ia mungkin tidak berupaya menjelaskan obligasi-obligasinya; atau

(b)

sesuatu bank Islam menjadi tidak berupaya menjelaskan obligasi-obligasinya atau menggantung pembayaran; atau

(c)

selepas sesuatu penyiasatan dibuat di bawah seksyen 31 atau 32 Bank Negara berpendapat bahawa sesuatu bank Islam—

(i)

adalah menjalankan amalan yang tidak sempurna atau tidak wajar;

(ii)

mungkin tidak berupaya menjelaskan obligasi-obligasinya atau hampir hendak menggantung pembayaran;

(iii)

telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini;

(iv)

telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan ke atas lesennya; atau

(v)

mungkin akan menjalankan perniagaannya secara yang memudaratkan kepentingan pendeposit-pendepositnya,

Bank Negara, dengan persetujuan Menteri, boleh menjalankan satu atau lebih daripada satu kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen (2) sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (1), Bank Negara boleh—

(a)

mengeluarkan perintah-perintah kepada bank supaya mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Bank Negara untuk membetulkan perkara itu dan bank itu hendaklah menjalankan perintah-perintah itu dalam apa-apa masa sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank Negara;

(b)

melarang bank itu daripada memberi apa-apa pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit selanjutnya bagi apa-apa tempoh atau tempohtempoh sebagaimana yang dinyatakan dan tertakluk kepada apa-apa pengecualian, jika ada, dan syarat-syarat lain sebagaimana yang dikenakan oleh Bank Negara;

(c)

memecat dari jawatan mana-mana daripada pengarahnya atau melantik mana-mana orang sebagai pengarahnya;

(d)

melantik seseorang untuk menasihatkan bank itu tentang penjalanan wajar perniagaannya;

(e)

mengambil alih kawalan dan menjalankan perniagaan bank itu atau melantik seseorang lain untuk mengambil alih kawalan dan menjalankan perniagaan bank itu; atau

(f)

menyampaikan sesuatu petisyen kepada Mahkamah Tinggi meminta Mahkamah itu menggulung bank itu.

mematuhi ini;

nk Negara mematuhi enakan ke eri, boleh cuasa yang nana yang pada bank h sebagaink Negara n bank itu erintah itu yang di-erniagaan an kepenya, ri apa-apa ihan kredit u tempoh-akan dan alian, jika nana yang enjalankan seseorang valan dan tau daripada ana orang itkan bank gaannya;

BANK ISLAM pada Mahitu meng-

(3)

Jika Bank Negara telah melantik seseorang untuk—

(a)

menjadi seorang pengarah bank di bawah paragraf (c) subseksyen (2);

(b)

menasihatkan bank tentang penjalanan wajar perniagaannya di bawah paragraf (d) subseksyen (2); atau

(c)

mengambil alih kawalan dan menjalankan perniagaan bank itu di bawah paragraf (e) subseksyen (2),

Bank Negara boleh menetapkan saraan dan perbelanjaan yang akan dibayar kepada orang itu oleh bank.

Section 37 — AKTA BANK ISLAM 1983 | mylaw.my