Malaysia legislation

Section 38

of AKTA BANK ISLAM 1983

Seksyen 38

Jika Bank Negara telah bertindak di bawah paragraf (c) subseksyen (2) seksyen 37 berkenaan dengan sesuatu bank Islam, peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah berkuatkuasa—

(a)

walau apa pun yang terkandung dalam Akta Syarikat 1965 dan artikel persatuan bank itu, hak-hak bagi anggota-anggota atau pemegang-pemegang syer untuk memilih pengarah-pengarah bank itu bagi menggantikan mereka yang telah dipecat dari jawatan oleh Bank Negara hendaklah terhenti daripada berkuat-kuasa;

(b)

seseorang pengarah yang dipecat dari jawatan di bawah paragraf itu hendaklah terhenti daripada memegang jawatan, dan tidaklah berhak menuntut apa-apa pampasan kerana kehilangan atau penamatan jawatan; dan

(c)

tiap-tiap pemecatan atau perlantikan di bawah paragraf itu adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh disoal dalam mana-mana Mahkamah.