Malaysia legislation

Section 39

of AKTA BANK ISLAM 1983

Seksyen 39

(2)

Jika Bank Negara telah mengambil alih kawalan, atau telah melantik seorang lain untuk mengambil alih kawalan, perniagaan sesuatu bank Islam menurut paragraf (e) subseksyen (2) seksyen 37, maka Mahkamah Tinggi boleh, atas permohonan bank itu, memerintahkan supaya Bank Negara hendaklah berhenti mengawal perniagaan bank itu mulai dari suatu tarikh yang dinyatakan dalam perintah itu jika Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa tidaklah lagi perlu bagi Bank Negara meneruskan kawalannya terhadap perniagaan bank itu untuk melindungi pendeposit-pendeposit bank itu.

(3)

Jika Bank Negara telah mengambil alih kawalan, atau telah melantik seorang lain untuk mengambil alih kawalan, perniagaan sesuatu bank Islam menurut paragraf (e) subseksyen (2) seksyen 37, atau telah berhenti mengawal perniagaan sesuatu bank Islam menurut seksyen ini, maka Bank Negara hendaklah memberitahu fakta itu dalam Warta.