Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Sesuatu syarikat yang berkehendakkan kuasa untuk menjalankan perniagaan bank Islam di Malaysia hendaklah memohon secara bertulis kepada Menteri melalui Bank Negara bagi suatu lesen di bawah seksyen ini dan hendaklah mengemukakan—
(a)
suatu salinan memorandum persatuan dan artikel persatuan atau suratcara lain yang di bawahnya syarikat itu diperbadankan, diverifikasikan dengan sewajarnya melalui akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pegawai kanan syarikat; dan
(b)
apa-apa dokumen atau maklumat lain yang diminta oleh Menteri.
(3)
Apabila menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (2) Bank Negara hendaklah menimbangkan permohonan itu dan membuat syor kepada Menteri menyatakan sama ada suatu lesen patut diberi atau tidak, dan syarat-syarat, jika ada, yang akan dikenakan kepada lesen itu.
(4)
Apabila menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (2) dan syor Bank Negara di bawah subseksyen (3), Menteri boleh, tertakluk kepada seksyen 4, memberi suatu lesen, dengan syarat atau tanpa syarat, atau enggan memberi suatu lesen.
(5)
Bank Negara tidak boleh mengesyorkan pemberian lesen, dan Menteri tidak boleh memberi suatu lesen, melainkan Bank Negara atau Menteri, mengikut mana yang berkenaan, berpuas hati—
(a)
bahawa tujuan dan pengendalian perniagaan bank yang dia berhasrat menjalankan itu tidak akan melibatkan apa-apa elemen yang tidak diluluskan oleh Agama Islam; dan
(b)
bahawa ada terdapat, dalam artikel persatuan bank yang berkenaan, peruntukan bagi penubuhan suatu badan penasihat Syar'iah untuk menasihatkan bank mengenai pengendalian perniagaan banknya untuk menjamin ianya tidak melibatkan apa-apa elemen yang tidak diluluskan oleh Agama Islam.
(6)
Seseorang yang melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.
(2)
Menteri hendaklah, sebelum mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (1), memberitahu secara bertulis tujuannya hendak mengambil tindakan itu kepada bank Islam yang berkenaan dan hendaklah memberi bank itu suatu peluang untuk mengemukakan dalam suatu tempoh, tidak kurang daripada empat belas hari, sebagaimana yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu sebab-sebab mengapa syarat lesen itu tidak patut diubah atau dibatalkan atau syarat atau syarat tambahan itu tidak patut dikenakan.