Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
(2)
Bank Negara boleh, dengan kelulusan Menteri, jika difikirkannya berfaedah kepada kepentingan pendeposit-pendeposit itu, memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk suatu perintah menahan permulaan atau penerusan mana-mana prosiding oleh atau terhadap bank itu berkenaan dengan apa-apa perniagaan bank itu. Sesuatu perintah itu adalah sah selama suatu tempoh tidak lebih daripada enam bulan.
(3)
Selagi sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) terus berkuatkuasa lesen yang diberi kepada bank di bawah Akta ini hendaklah digantung.
(4)
Jika sesuatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (1), Bank Negara hendaklah memberitahu fakta itu dalam Warta.