Malaysia legislation

Section 43

of AKTA BANK ISLAM 1983

Seksyen 43

(2)

Tiap-tiap bank Islam hendaklah, dalam masa tiga bulan selepas dibuat apa-apa pindaan atau perubahan dalam memorandum persatuan dan artikel persatuan atau suratcara-suratcara lain yang di bawahnya ia diperbadankan, memberi kepada Menteri melalui Bank Negara butir-butir secara bertulis (diverifikasikan melalui akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pegawai kanan bank itu) mengenai pindaan atau perubahan itu.

(2)

Bagi maksud-maksud seksyen ini seseorang Menteri dan mana-mana pegawai awam hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Kerajaan; dan Gabenor dan Timbalan Gabenor Bank Negara dan mana-mana pengarah atau pekerjanya dan mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan di dalamnya atau yang dilantik oleh Bank Negara di bawah paragraf $(c), (d)$ atau $(e)$ subseksyen (2) seksyen 37 hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai Bank Negara.