Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
Seseorang pengarah, pengurus, pemegang amanah, juruaudit, pekerja atau ejen mana-mana bank Islam yang—
(a)
dengan sengaja membuat atau menyebabkan dibuat sesuatu catatan palsu dalam sesuatu buku rekod atau dalam sesuatu laporan, slip, dokumen atau penyata mengenai perniagaan, hal-ehwal, transaksi, keadaan, aset atau akaun bank itu; atau
(b)
dengan sengaja meninggalkan daripada membuat sesuatu catatan dalam sesuatu buku rekod atau dalam sesuatu laporan, slip, dokumen atau penyata mengenai perniagaan, hal-ehwal, transaksi, keadaan, aset atau akaun bank itu, atau dengan sengaja menyebabkan sesuatu catatan itu ditinggalkan daripada dicatatkan; atau
(c)
dengan sengaja mengubah, mengeluarkan, menyembunyi atau memusnahkan sesuatu catatan dalam sesuatu buku rekod atau dalam sesuatu laporan, slip, dokumen atau penyata mengenai perniagaan, hal-ehwal, transaksi, keadaan, aset atau akaun bank itu, atau dengan sengaja menyebabkan catatan itu diubah, dikeluarkan, disembunyikan atau dimusnahkan, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.