Malaysia legislation
Section 49
Seksyen 49
Seseorang pengarah, pegawai atau pekerja sesuatu bank Islam atau orang-orang lain iaitu orang-orang yang menerima saraan daripada bank Islam itu, yang meminta atau menerima, mengizinkan atau bersetuju menerima apa-apa hadiah, komisen, emolumen, perkhidmatan, ganjaran, wang, harta atau barang yang bernilai untuk faedah dan keuntungan dirinya sendiri atau untuk faedah atau keuntungan saudara-maranya, daripada mana-mana orang lain daripada bank itu, kerana mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan bagi mana-mana orang sesuatu pendahuluan, pinjaman atau kemudahan kredit dari bank itu atau pembelian atau diskaun bagi apa-apa overdraf, surat, cek, bil pertukaran atau obligasi-obligasi lain oleh bank itu, atau kerana membenarkan mana-mana orang mengeluarkan terlebih dari sesuatu akaunnya dengan bank itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau denda dan penjara itu kedua-duanya.