Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Kuasa untuk memohon beli syer saham modal Bank
(a)
syer saham modal dibenarkan Bank yang asal mengikut perenggan 1 Perkara 5 Perjanjian bagi suatu amaun yang tidak melebihi seratus sembilan juta dan lima ratus ribu dolar Amerika Syarikat;
(b)
jika syer Kerajaan telah ditambah atas permintaan Kerajaan di bawah perenggan 3 Perkara 5 Perjanjian, sebanyak amaun pertambahan itu; dan
(c)
jika saham modal dibenarkan Bank yang asal ditambah di bawah perenggan 4 Perkara 5 Perjanjian, sebanyak suatu kadar daripada pertambahan saham sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan itu.
Jumlah wang yang kena dibayar kepada Bank hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan