Malaysia legislation

Section 42

of *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002

Seksyen 42

(2)

Sesuatu dokumen disahkan dengan sewajarnya bagi maksud subseksyen (1) jika—

(a)

dokumen itu berupa sebagai ditandatangani atau diperakui oleh seorang hakim, majistret atau pegawai dalam atau bagi

Negara asing yang ditetapkan itu; dan

(b)

sama ada—

(i)

dokumen itu ditentusahkan dengan sumpah atau ikrar saksi, atau pegawai kerajaan Negara asing yang ditetapkan itu; atau

(ii)

dokumen itu berupa sebagai dimeterai dengan meterai rasmi atau awam Negara asing yang ditetapkan itu atau Menteri Kerajaan, atau jabatan atau pegawai kerajaan, Negara asing yang ditetapkan itu.

(3)

Semua mahkamah di Malaysia hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman kepada meterai rasmi atau awam yang disebut dalam subseksyen (2).

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini menghalang pembuktian apa-apa perkara atau kebolehterimaan sebagai keterangan apa-apa dokumen mengikut apa-apa peruntukan lain Akta ini atau mana-mana undang-undang lain Malaysia.

Pewakilan

Section 42 — AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002