Malaysia legislation

Section 44

of *AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002

Seksyen 44

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen

(1)

, peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

(a)

mengadakan peruntukan bagi pemindahan dan pengembalian banduan atau orang di bawah tahanan bagi penyerahannya secara sementara ke suatu Negara asing yang ditetapkan di bawah seksyen 28;

(b)

menetapkan tatacara bagi menguatkuasakan perintah pelucuthakan asing;

(c)

menetapkan borang bagi maksud Akta ini;

(d)

menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini;

dan

(e)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

57

Akta 621

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1709

Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara

Jenayah (Pindaan) 2024

01-09-2024

58

Akta 621

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 2

Akta A1709 01-09-2024 3

Akta A1709 01-09-2024 7

Akta A1709 01-09-2024 13

Akta A1709 01-09-2024 19

Akta A1709 01-09-2024 20

Akta A1709 01-09-2024 23

Akta A1709 01-09-2024 31

Akta A1709 01-09-2024 34

Akta A1709 01-09-2024 36

Akta A1709 01-09-2024 38

Akta A1709 01-09-2024 41A

Akta A1709 01-09-2024

Section 44 — AKTA BANTUAN BERSAMA DALAM PERKARA JENAYAH 2002