Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(a)
keterangan itu diambil di Negara asing itu; dan
(b)
keterangan itu dihantar kepadanya.
(2)
Peguam Negara boleh, jika dia berpuas hati bahawa terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa terdapat apa-apa benda yang mungkin ada kaitan dengan suatu perkara jenayah di Malaysia, meminta pihak berkuasa yang berkenaan sesuatu Negara asing—
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 19
(a)
membantu memperoleh, dengan menggeledah dan menyita jika perlu, benda itu di Negara asing itu atau gambar atau salinan benda itu; dan
(b)
membuat perkiraan supaya benda atau gambar atau salinan benda itu dihantar kepadanya.
(3)
Apa-apa keterangan atau benda, atau gambar atau salinan sesuatu benda, yang diterima oleh Peguam Negara menurut suatu permintaan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh, tertakluk pada peruntukan Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan Kanun Tatacara
Jenayah [Akta 593], diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding jenayah yang dengannya permintaan itu berkaitan.
(4)
Dalam menilai kepentingan, jika ada, yang akan diletakkan pada apa-apa keterangan yang diterima oleh Peguam Negara menurut suatu permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) yang telah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding jenayah yang dengannya permintaan itu berkaitan, mahkamah hendaklah mengambil kira—
(a)
sama ada keterangan yang diambil itu dapat dicabar; dan
(b)
sama ada undang-undang Negara asing yang berkenaan membenarkan pihak-pihak kepada prosiding jenayah itu diwakili di sisi undang-undang apabila keterangan itu diambil.
Permintaan bagi kehadiran orang di Malaysia